• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Turus Tentera Arab Saudi Lawat Kementah

oleh Ahmad Albab
03/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Turus Angkatan Tentera Arab Saudi, Jen Abdaul Rahman Saleh Al-Banyan mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak di sini sempena lawatan sulungnya ke negara ini selama lima hari.

Ketibaan beliau disambut Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Abdaul Rahman turut diberi penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dari Rejimen Askar Melayu Diraja serta diperkenalkan kepada pegawai-pegawai kanan ATM.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara, Jen Datuk Seri Affendi Buang.

Terdahulu Abdaul Rahman melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Abdaul Rahman turut membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. – BERNAMA

Tags: ATM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd