• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketegangan AS-Korea Utara Tekan Bursa Malaysia

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Trend menurun di Bursa Malaysia dijangka berterusan minggu depan ketika selera risiko untuk ekuiti kekal lembap kerana penggiat pasaran menunggu perkembangan positif daripada ketegangan geopolitik Amerika Syarikat-Korea Utara bagi meningkatkan sentimen.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, sentimen berhati-hati berikutan ancaman nuklear di samping kejatuhan harga komoditi serta penyusutan ringgit berbanding dolar US, akan terus menyebabkan pelabur enggan memasuki pasaran.

Bagaimanapun, katanya, keadaan ekonomi yang lembap hanya untuk sementara kerana penganalisis berpendapat, ia hanya retorik dan kewarasan (berkaitan ancaman pelancaran peluru berpandu) akan kekal.

“Di pasaran tempatan, asas ekonomi masih kukuh dengan pertumbuhan eksport yang mantap baru-baru ini, antara prestasi terbaik serta beberapa pengumuman pendapatan korporat yang positif. Saya berpendapat Bursa akan kembali neutral minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Nazri berkata, paras sokongan untuk minggu depan akan berada pada 1,760 dan 1,750, kerana keadaan semasa akan menawarkan peluang pembelian yang besar kepada pelabur untuk mengumpul saham di bawah nilai.

Untuk minggu baru berakhir, penanda aras FBM KLCI merosot 7.57 mata kepada 1,766.96 berbanding 1,774.53 minggu lepas.

Pergerakan dagangan hanya dipengaruhi turun naik harga minyak di samping perkembangan luaran, terutama ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Korea Utara.

Presiden AS, Donald Trump berjanji akan memberi tindak balas secara paling keras kepada sebarang ancaman Korea Utara dan Pyongyang pula menimbang untuk melancarkan peluru berpandu ke atas Guam sebagai respons terhadap kenyataan Trump tersebut. – BERNAMA

Tags: Amerika Syarikatbursa malaysiaBursa SahamKorea Utara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd