• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Indonesia Kenal Pasti Gading Gajah

oleh AK-47
04/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar  Sabah  akan mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Indonesia berhubung rampasan  gading gajah di negara itu baru-baru ini yang didakwa dibawa dari Sabah.

Menterinya Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pihaknya akan mengarahkan pegawainya untuk bekerja rapat dengan pihak berkuasa negara jiran berkenaan bagi mendapat gambaran tepat dan jelas berhubung  perkara berkenaan.

“Setakat  ini belum dibuktikan bahawa gading jajah berkenaan berasal dari Sabah,”katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Malaysia 2017.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rampasan satu gading gajah di Nunukan, Indonesia baru-baru ini. Gading seberat 2.7 kilogram berkenaan dirampas dari seorang lelaki rakyat Indonesia yang mendakwa membelinya di Malaysia pada harga  RM1,500.

Mengenai dakwaan kononnya ada pengusaha industri pelancongan tempatan di Sabah menghidangkan  makanan  daripada sumber binatang liar yang dilindungi di negeri ini kepada pelancong asing, Masidi berkata jika dakwaan itu benar, pelaku berkenaan boleh dianggap sebagai ‘pengkhianat’.

“Kalau ada orang Sabah terlibat membunuh binatang yang dilindungi sepenuhnya bagi tujuan sajian makanan kepada pelancong, saya boleh katakan mereka adalah pengkhianat . Kita adalah antara negeri yang paling beruntung di dunia.

Kita ada binatang dilindungi yang tidak didapati di negeri lain. Tuhan begitu pemurah kepada  Sabah  dengan kekayaan flora dan faunanya. Tetapi kalau rakyat sendiripun menjadi pemusnah kepada semua pemberian Tuhan ini, maka saya tidak boleh kata apa-apa lagi,”katanya.

Masidi berkata perbuatan memusnahkan alam semula jadi yang sepatutnya dijaga sebaik-baiknya untuk generasi akan datang boleh dianggap sebagai tiada semangat cintakan negeri sendiri dan negara. -BERNAMA

Tags: gading gajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usaha Serius China Hapus Bisnes Gading Gajah

21/03/2018
0

GAJAH adalah antara haiwan yang sering diburu dan menjadi mangsa kerakusan manusia hanya disebabkan mahu mendapatkan gadingnya yang mempunyai nilai...

600kg Gading Gajah, 600kg Sisik Tenggiling Dirampas

26/01/2018
0

ABIDJAN - Hampir 600 kilogram gading gajah dan 600 kilogram sisik tenggiling yang bakal diseludup ke Vietnam serta beberapa negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd