• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Mula Agih Peruntukan RM25j Kepada 157 SJKT

oleh Ahmad Albab
02/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan mula mengagihkan peruntukan khas sebanyak RM25 juta kepada 157 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kategori sekolah kerajaan bermula bulan ini bagi membantu sekolah terbabit melaksanakan proses penambahbaikan dan penyelenggaraan infrastruktur.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan berkata dana fasa pertama itu merupakan sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM50 juta yang diperuntukkan bagi tahun ini dalam Belanjawan 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya keseluruhannya terdapat 524 SJKT di seluruh negara termasuklah 367 bantuan modal dan 157 sekolah kerajaan dan setakat ini peruntukan bagi penambahbaikan dan penyelenggaraan hanya diberikan kepada sekolah bantuan modal.

“Tetapi kali ini, peruntukan bagi penyelenggaraan sekolah akan turut diberikan kepada sekolah kerajaan bagi membolehkan sekolah terbabit melakukan proses penambahbaikan dan penyelenggaraan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini berhubung pengagihan peruntukan RM50 juta Penyelenggaran Khas bagi SJKT Kerajaan 2017.

Menurutnya, peruntukan itu diagihkan kepada 49 SJKT di Perak, Selangor (31), Johor (18), Negeri Sembilan (14), Kedah (12), Pahang (11), Melaka (lapan), masing-masing enam buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta masing-masing satu sekolah di Kelantan dan Perlis.

Kamalanathan berkata berkata fasa kedua pengagihan baki RM25 juta daripada peruntukan tahun ini dijangka dibuat pada September depan melibatkan beberapa sekolah bantuan kerajaan untuk perabot dan menaik taraf infrastruktur SJKT terlibat.

“Antara syarat utama untuk SJKT bantuan kerajaan menerima peruntukan Bajet 2017 ialah mereka perlu menghantar laporan awal mengenai belanjawan peruntukan terdahulu bagi memastikan dana tersebut digunakan secara berhemah. Kementerian akan sentiasa memantau bagi memastikan proses penggunaan dana adalah telus,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamalanathan berkata 368 buah sekolah bantuan kerajaan telah menerima bantuan sebanyak RM66.5 juta melalui Belanjawan 2015 dan 2016.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam atas komitmen kerajaan dalam memartabatkan imej dan infastruktur SJKT.

Dalam perkembangan lain, Kamalanathan sekali lagi mengingatkan pengurusan sekolah agar tidak menyembunyikan kes buli dengan alasan demi menjaga nama baik sekolah, dan tindakan tegas boleh diambil ke atas guru besar jika berbuat demikian.

“Kes buli melibatkan 10 pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Kunak, Sabah masih dalam siasatan polis dan kementerian akan akur kepada keputusan itu (siasatan polis),” katanya. – BERNAMA

Tags: SJKT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

10/06/2023
0

Shah Alam : Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta, bagi tujuan membiayai kerja-kerja membaikpulih...

Pengenalan Tulisan Khat Di SJKC, SJKT Diteruskan

08/08/2019
0

PUTRAJAYA - Jemaah menteri memutuskan supaya pengenalan tulisan khat diteruskan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd