• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenderaan Awam Perlu Pemeriksaan Secara Berkala

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenderaan awam berdaftar perlu menjalani pemeriksaan secara berkala seperti yang ditetapkan bagi memenuhi piawaian keselamatan dan bukan hanya diperiksa pada musim perayaan sahaja.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata arahan dan keperluan itu terkandung dalam Seksyen 12, Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang mewajibkan semua kenderaan awam menjalani pemeriksaan awal dan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Pemeriksaan berkala dan piawaian pemeriksaan tersebut adalah bagi kenderaan baharu sekali dalam setahun untuk dua tahun pertama dan pemeriksaan selepas itu adalah sekali dalam setiap enam bulan,” katanya pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah yang ingin tahu adakah pemeriksaan kenderaan awam hanya bertumpu ketika musim perayaan kerana dikhuatiri pemilik kenderaan awam turut menyelenggara kenderaan itu sewaktu tiba musim perayaan sahaja.

Ab Aziz berkata pada setiap pemeriksaan berkala itu, kenderaan berkenaan akan menjalani pelbagai pemeriksaan seperti pengesahan identiti kenderaan (pemeriksaan nombor enjin), ujian kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan, ujian pelepasan asap dan ujian brek serta meter laju bagi teksi bermeter.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Hanafi Mat mengenai keluhan pengusaha kecil kenderaan berhubung kos pemeriksaan kenderaan yang tinggi di Puspakom, beliau berkata kos pemeriksaan itu masih rendah.

Katanya caj bayaran yang ditetapkan bagi pemeriksaan di Puspakom tidak berubah sejak 2007, RM55 untuk teksi dan RM90 bagi kenderaan lori. – BERNAMA

Tags: KenderaanPuspakom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

Nahas UPSI: Laporan Awal PUSPAKOM Dapati Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas

Nahas UPSI: Laporan Awal PUSPAKOM Dapati Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas

14/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Laporan awal siasatan terhadap kemalangan yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd