• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Perhebat Usaha Tangani Wabak Rabies

oleh AK-47
09/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan memperhebatkan usahanya dalam mengekang penularan wabak rabies atau anjing gila di Sarawak yang merekodkan kes keenam semalam di Samarahan.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata semalam, budak lelaki berusia tujuh tahun dikenal pasti sebagai manusia keenam dijangkiti rabies di Sarawak dan telah diberikan vaksin antirabies.

“Lima kes sebelum ini berlaku di Serian dan di Samarahan itu kes pertama, justeru kita akan tingkatkan usaha mengawal dan menjejaki anjing-anjing yang terkena jangkitan rabies,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa 2017, di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya telah mengenal pasti anjing yang dijangkiti rabies di Sarawak dan tindakan lanjut telah diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak-kanak lelaki dari Kampung Kuala Gedong, Samarahan itu telah digigit seekor anjing pada 17 Julai dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Awal bulan lepas, Kementerian Kesihatan mengumumkan kes pertama positif jangkitan rabies di Sarawak melibatkan dua beradik dari Kampung Paon Rimu Bakong, Serian, dan ini diikuti tiga lagi kes di bahagian sama dengan masing-masing satu kes di Kampung Lebar, Kampung Seroban dan Kampung Remun.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata Pihak Berkuasa Peranti Perubatan  (MDA), sebuah badan berkanun di bawah kementeriannya, telah mengeluarkan lebih  2,000 lesen kepada pengeluar, wakil sah serta pengedar dan pengimport peranti perubatan.

Beliau berkata MDA bertanggungjawab mengawal selia peranti perubatan dan menguatkuasakan undang-undang peranti perubatan.

Setakat  ini hampir 140,000 peranti perubatan berdaftar dengan MDA yang melibatkan kutipan fi sekitar RM3 bilion.

“Ini menunjukkan kesungguhan dan kebolehpercayaan industri peranti perubatan Malaysia dalam pematuhan kepada keperluan pengawalseliaan untuk berkembang dan bersaing di pasaran global,” katanya.

Dr Subramaniam berkata matlamat penubuhan MDA ialah untuk memastikan peranti perubatan yang dikeluarkan atau dijual di Malaysia mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa untuk kegunaan masyarakat umum. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamWabak Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wabak Rabies Ragut Nyawa Ke-21 Di Sarawak

08/11/2019
0

SHAH ALAM - Wabak rabies atau penyakit anjing gila meragut nyawa mangsa ke-21 di Sarawak selepas seorang kanak-kanak lelaki lima...

Rabies: Permintaan Lesen Anjing Meningkat Di Miri

19/10/2018
0

MIRI - Lonjakan permohonan lesen anjing susulan penularan wabak anjing gila atau rabies di bandar raya ini memaksa Majlis Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd