• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pantau Produk Berasaskan Telur

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan lanjut isu telur ayam tercemar dari Eropah serta menunggu kenyataan negara pengeluar mengenainya, kata Menterinya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau bagaimanapun berkata pengguna tidak perlu risau mengenai kemungkinan produk tercemar tersebut memasuki negara ini memandangkan Malaysia tidak mengimport telur.

“Kita sedang tunggu kenyataan daripada negara pengeluar produk kerana mereka memang sedang buat pemeriksaan terhadap barangan buatan mereka.

“Sekiranya terdapat bukti bahawa pencemaran ini sudah berlaku di dalam produk seperti kek, biskut dan sebagainya yang dihasilkan di negara berkenaan, kita yakin ia dapat dikesan kerana mereka mempunyai sistem kawalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Subramaniam yang juga Anggota Parlimen Segamat, berkata jika keadaan itu berlaku Malaysia akan mengambil langkah yang seiring dengan negara pengeluar.

Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia tidak mengimport telur ayam dari Eropah yang dipercayai tercemar dengan fipronil, sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama.

Mengulas perkembangan lain, Dr. Subramaniam mahu pihak hospital di negara ini meningkatkan kerjasama dengan syarikat pengurusan sampah bagi mengelakkan masalah kebersihan yang membawa kepada penutupan seperti kantin Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor.

“Kantin tersebut telah diarahkan untuk ditutup dan kita juga telah menghantar notis kepada hospital dan konsesi kerana sekiranya perkara berkenaan dibiarkan ia boleh membawa kepada masaalah kencing tikus yang tentunya menjadi satu isu yang lebih besar,” katanya.

Mengenai program itu, Presiden MIC tersebut berkata pusat khidmat itu adalah satu daripada 11 pusat yang ditubuhkan di seluruh negara bagi membantu masyarakat India yang menghadapi masalah berkaitan pendidikan, ekonomi dan sebagainya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd