• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekasih Afifah Sangkal Gelaran ‘Dayus’ Netizen

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA diperhatikan ruangan komen yang membanjiri Instagram milik kekasih Afifah Nasir iaitu Wan Ariff majoriti netizen mengejeknya sebagai ‘lelaki dayus’ kerana masih mempertahankan wanita itu.

Namun bagi Wan Ariff, 24, dia tidak merasa dirinya begitu meskipun sudah dimaklumkan oleh Afifah sendiri tentang pembabitannya dalam isu rumah tangga Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah.

Katanya, dia sudah dimaklumkan oleh Afifah situasi sebenar yang berlaku sejak mula penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

“Saya tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi, semuanya Afifah terangkan kepada saya kenapa dia perlu bertindak sedemikian. Dia menjadi mangsa keadaan, sebab itu saya berani keluar kenyataan di Instagram bahawa saya memberi sokongan kepadanya.

“Tentang isu pegang tangan itu, Afifah sudah minta maaf pada saya kerana membenarkan Aliff pegang tangannya dan saya sudah maafkan,” ujarnya yang turut menemani Afifah semasa satu sidang media yang diadakan pagi tadi di pejabat peguam Ruben & Co, di Solaris, Dutamas, sini.

Turut hadir semasa sidang akhbar itu ialah kakak Afifah, aktres Mia Nasir dan rakannya, Alana serta peguam Afifah iaitu Sana Tufil Ahmad.

Sekadar mengimbas semula, dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didaparti bersama Afifah di pusat hiburan berkenaan.

Dalam pada itu, Wan Ariff memohon agar masyarakat hentikan kecaman terhadap teman wanitanya itu dan meminta orang ramai memahami situasi yang terpaksa dilalui Afifah.

“Saya tidak boleh paksa semua orang memaafkan dia, tapi saya cuma berharap agar orang ramai memahami apa yang dia lalui sekarang.

“Dia memang buat saya tapi dia jadi mangsa keadaan,” ujarnya.

Sementara itu, lelaki itu turut menyatakan dia akan terus menyokong karier seni Afifah dan menasihati wanita tersebut agar berhati-hati di set penggambaran di masa akan datang.

“Itu sudah kerja dia dan dia seorang yang profesional. Saya sokong dia untuk terus berlakon cuma saya minta dia lebih berhati-hati agar tidak diperkotak-katikkan pihak lain atas kepentingan sendiri,” ujarnya.

Sebagai seorang yang gentleman, Wan Ariff memaklumkan bahawa dia akan menemani kekasihnya di lokasi penggambaran menjelang hari-hari terakhir drama itu.

“Drama tersebut berbaki tiga hari, esok Afifah akan ke lokasi bersama bodyguard bagi memastikan keselamatannya dan lusa mungkin saya juga turut menemaninya,” ujar Ariff. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Afifah Nasirwan ariff
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Bantu Belia Pertanian Miliki Kediaman

Next Post

Atasi Diabetes, Kempen ‘Suku Suku Separuh’ Disambut Baik

Related Posts

Belajar Dari Kesilapan, Afifah Enggan Toleh Belakang

03/12/2017
0

PENGALAMAN pahit semestinya akan memberi impak yang besar kepada diri kita, lebih-lebih lagi jika perkara yang terjadi itu merupakan satu...

Aliff Aziz Minta Afifah Supaya Bercakap Benar

05/11/2017
0

SEKITAR Julai lalu, industri hiburan dikecohkan dengan kontroversi kecurangan pelakon Aliff Aziz dan pendatang baharu, Afifah Nasir bersama pasangan masing-masing....

Next Post

Atasi Diabetes, Kempen 'Suku Suku Separuh' Disambut Baik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd