• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedutaan Arab Saudi Bantu Percepat Visa Jemaah

oleh Ahmad Albab
06/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kedutaan Arab Saudi membantu mempercepatkan proses kelulusan visa bakal jemaah haji Malaysia, susulan masalah kelewatan pengeluaran dokumen perjalanan itu tahun ini.

Menurut satu kenyataan Lembaga Tabung Haji (TH), seramai 200 daripada 229 bakal jemaah haji yang mengalami masalah visa sejak penerbangan pertama sehingga Sabtu berjaya diselesaikan.

Ia berikutan bantuan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia membantu mempercepatkan proses pengeluaran visa kepada jemaah, menjadikan baki yang masih mengalami masalah tersebut dari 51 orang pada Jumaat menurun kepada 29 orang pada Sabtu.

“Kedutaan Arab Saudi di Malaysia banyak membantu pihak berkuasa Malaysia dalam melancarkan urusan penghantaran jemaah ke Tanah Suci. Kita amat berterima kasih di atas kerjasama mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut TH, setakat pagi Sabtu, sebanyak 49 penerbangan membawa 19,884 bakal jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci, serta baki 61 penerbangan dengan yang terakhir dijangka pada 26 Ogos depan.

Pada Jumaat, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, perbincangan telah diadakan antara TH dan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia berkaitan cara terbaik untuk menyelesaikan cabaran itu.

Bercakap pada sidang media berhubungan isu kelewatan itu, Johan memberitahu bahawa wakil kedutaan memaklumkan usaha-usaha yang telah diambil mereka seperti penambahan kakitangan untuk mempertingkatkan proses berkaitan visa.

Menurut Johan, cabaran pengeluaran visa disebabkan sistem permohonan untuk meluluskan visa setiap jemaah haji yang mempunyai 12 proses termasuk butiran peribadi termasuk perjanjian tempat penginapan, penerbangan, pengangkutan dan sajian serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

“Kelewatan pengeluaran visa disebabkan permohonan terlalu tinggi. Kita (Malaysia) dapat kenaikan kuota jemaah daripada 27,900 orang tahun lalu kepada 30,200 tahun ini.

“Bukan kita sahaja, tapi saya difahamkan seluruh dunia pun mendapat kenaikan kuota. Bila permohonan terlalu tinggi, sistem tersebut terpaksa mengendalikan jutaan permohonan dalam masa yang singkat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon agar semua pihak terus memberi keyakinan kepada TH untuk menyelesaikan isu visa membabitkan bakal jemaah.

“Untuk rekod, selama 54 tahun beroperasi, TH belum pernah gagal membawa jemaah haji ke Tanah Suci,” kata Johan. – mStar Online

Tags: jemaah hajiVisa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd