• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Anwar Lebih Tinggi Berbanding Mahathir

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada mana-mana parti dalam Pakatan Harapan termasuk PKR dan PPBM berhak untuk membuat sebarang keputusan jika Pakatan Harapan berjaya memerintah negara ini.

Sebarang keputusan berhubung dasar dan pentadbiran Malaysia yang mahu dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan kelak wajib mendapat persetujuan setiap parti dalam gabungan parti pembangkang itu termasuk parti sekular DAP.

Perkara itu dibayangkan secara tidak langsung oleh Ketua Pemuda PAN, Mohd. Sany Hamzan ketika beliau mengulas tentang isu tersebut pada Konvensyen Pemuda PAN di Batu Pahat, Johor hari ini.

“Tiada mana-mana pihak yang bersikap ‘menguasai’ dalam Pakatan Harapan sebaliknya semua keputusan (perlu) dibuat secara bersama hasil daripada perbincangan.

“Setiap keputusan diputuskan bersama dalam mesyuarat yang kadangkala BERJAM-JAM lamanya,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita propembangkang.

Mohd. Sany dalam pada itu dilaporkan mendakwa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih di hierarki teratas dalam Pakatan Harapan selaku Ketua Umum, bukan Mahathir Mohamad yang sekadar memegang jawatan Pengerusi.

Justeru, menurut beliau, Mahathir tidak akan mampu untuk merubah Pakatan Harapan.

Beliau dipercayai cuba memujuk penyokong pembangkang supaya menerima Mahathir yang mereka labelkan sebagai diktator, firaun dan bapa kepada segala penyamun di Malaysia selama ini sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti politik pembangkang yang didominasi oleh parti sekular dan liberal DAP.

DAP merupakan penentang kuat kepada usaha memperkasakan undang-undang syariah di Malaysia sewaktu pembentangan RUU 355 di Parlimen baru-baru ini.

Parti itu malah berulangkali menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam melanggar hak asasi dan Perlembagaan Persekutuan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zizan Pula Jadi Mangsa Patung Berhantu, Annabelle

Next Post

JDT Umum Tidak Rai Kemenangan Liga Super

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

16/04/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden China, Xi Jinping tiba di Kompleks Seri Perdana di sini, bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post

JDT Umum Tidak Rai Kemenangan Liga Super

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd