Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Kes Skandal Hartanah: Exco...

JOHOR BAHRU - Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abdul Latiff Bandi ditahan reman...

Pakatan Harapan Lebih Teruk...

KUALA TERENGGANU - PAS nampaknya sudah memutuskan untuk muktamad 'jalan sendiri solo' pada...

PRU14 Akan Tentu Hidup,...

JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah perjuangan 'hidup atau...

Rakyat Malaysia Dikecualikan Sekatan...

SINGAPURA - Sekatan sempadan baharu terhadap pengembara, termasuk dari ASEAN tidak membabitkan laluan...

Kecekapan TDM Tarik AS Jalani Latihan Bersama

TEMERLOH – Kecekapan dan pengalaman Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menghadapi peperangan hutan antara faktor menarik minat Markas Pasifik Tentera Darat Amerika Syarikat (Usarpac) terus menjalin kerjasama latihan sejak 21 tahun lepas.

Panglima 4 Briged Mekanize Brig Jen Datuk Md Din Abu berkata Eksesais Keris Strike Siri 21/2017 yang merupakan eksesais bilateral dua negara selama 12 hari bermula hari ini, melibatkan seramai 379 anggota Usarpac yang berpangkalan di Hawaii dan 456 anggota TDM.

“Eksesais ini telah dimulakan sejak 1996 dan tahun ini melibatkan tiga lokasi di sekitar Pahang iaitu Kem Batu 3 Temerloh, Kem Batu 5 Mentakab dan kawasan am Hutan Kemasul di sini yang mana akan turut melibatkan penggunaan helikopter tentera mereka iaitu Black Hawk.

“TDM akan memberikan pendedahan terhadap pelaksanaan operasi hutan selain memberi penekanan  dalam operasi bantuan menyelamat dan kemanusiaan dengan mengguna pakai senario banjir,” katanya pada sidang media selepas upacara pembukaan eksesais itu di Kem Batu 5 Mentakab di sini, hari ini.

Upacara pembukaan disempurnakan Panglima 3 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan turut hadir ialah wakil delegasi Tentera Amerika Syarikat, Commander of 116th Cavalry Brigade Combat Team Colonel Farin D. Schwartz.

Md Din menambah latihan yang diadakan akan meningkatkan keupayaan tentera kedua-dua negara untuk berkhidmat dalam operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau menyertai operasi pelbagai keadaan pada masa hadapan.

“Eksesais ini menjadi platform kepada kedua-dua negara untuk mempelajari teknik, taktik dan prosedur baharu selain mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan,” katanya.

Sementara itu, Hasagaya dalam ucapannya mengingatkan anggota TDM yang terlibat untuk memanfaatkan sepenuhnya latihan bagi menimba pengalaman dan pengetahuan sebanyak mungkin daripada Usarpac.


“Saya mahu semua anggota TDM menunjukkan tahap profesional yang paling maksimum dalam semua aspek kerana nama baik TDM bergantung kepada apa yang ditunjukkan sepanjang latihan berlangsung,” katanya.

Sementara itu, Schwartz berkata pihaknya berminat untuk bekerjasama dalam eksesais lapangan terutamanya mengenai operasi hutan dan kemahiran kelangsungan hidup kerana ia akan memberikan mereka  pengalaman dan kepakaran baharu.

“Kami melihat mereka sebagai pasukan yang sangat berkemampuan dan banyak yang dapat kami pelajari. Iklim di Malaysia berbeza daripada apa yang kami fahami sebelum ini. Setiap organisasi membawa elemen berbeza dalam eksesais seperti ini.

“Bertukar maklumat dan pengalaman dari Malaysia adalah satu peluang untuk kami pelajari. Berdasarkan kepada iklim dan kawasan yang mereka ada di sini, menjadikan pasukan Malaysia pakar dalam hidup di hutan. Ini boleh meningkatkan keupayaan kami untuk beroperasi dalam persekitaran yang sama,” katanya.

Schwartz berkata Usarpac juga akan berkongsi kepakaran mereka dalam responder pertama perubatan, bantuan kemanusiaan dan bencana, pesawat udara tanpa pemandu, ‘counter improvised explosive device’ dan pasukan operasi khas sepanjang latihan. – BERNAMA

Kategori