• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Memusnahkan Pasar Ikan Terbesar Dunia

oleh Ahmad Albab
06/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Kebakaran berlaku dipasar ikan terkenal, Tsukiji, yang juga terbesar di dunia yang terletak di pinggir ibu kota Jepun lewat semalam, dengan api dan asap tebal kelihatan daripada bangunan kayu.

Puluhan anggota bomba bergelut mengawal kebakaran di pasar luar Tsukiji, yang sesak dengan kedai dan restoran kecil, tetapi media tempatan berkata tiada laporan mengenai kecederaan.

Kebakaran berlaku di bangunan tiga tingkat itu sekitar pukul 4.50 petang waktu tempatan, memusnahkan kawasan seluas 200 meter persegi, kata stesen penyiaran awam NHK.

Sebanyak 43 buah jentera bomba dikerah ke tempat kejadian untuk memadamkan api di bangunan ikonik yang cukup bersejarah di bandar raya tersebut.

Usaha memadamkan api sukar dilaksanakan berikutan keadaan jalan yang sempit, selain kedudukan bangunan yang rapat namun tiada laporan mangsa yang cedera atau terperangkap setakat ini.

“Saya tahu ia satu kebakaran. Jadi, saya hubungi pengurus dan memindahkan semua pelanggan restoran,” kata ketua rangkaian restoran Sushizanmai, Kiyoshi Kimura, yang berada di pejabatnya di kawasan itu ketika kebakaran.

Secara kebetulan tragedi itu berlaku selepas Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, berkata pada Jun lalu bahawa pasar ikan itu akan dipindahkan ke lokasi baharu. – AFP/BH ONLINE

Tags: kebakaranpasarTokyo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd