• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawalan Pastikan Sukan Layar Tanpa Gangguan

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Tinggal dua minggu lagi sebelum bermulanya acara layar Sukan SEA ke-29 di sini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah meletakkan kawalan lebih komprehensif untuk memastikan acara itu berlangsung tanpa apa-apa gangguan keselamatan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah hari ini berkata selain polis, kawalan pelbagai lapisan ini akan turut melibatkan pemantauan di sekitar perairan dan kawasan darat pulau ini

“Kita tidak akan memberi sebarang peluang kepada mana-mana kumpulan yang hendak mengganggu perjalanan sukan ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Kompleks Layar Kebangsaan di sini yang akan menjadi lokasi pertandingan layar itu.

Menurutnya, kira-kira 350 pegawai dan anggota polis akan terlibat dalam melaksanakan kawalan keselamatan manakala Pasukan Gerakan Marin Polis akan turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi kawalan perairan.

Sepanjang tempoh sukan ini berlangsung, kita akan kawal kemasukan kapal-kapal bagi memastikan (keselamatan) laluan laut ini terjamin dan kita juga akan memberi perhatian kepada mereka yang menaiki feri (yang keluar masuk Langkawi),” katanya.

Zulkifli berkata anggota polis yang dilengkapi peralatan pengimbas juga akan ditempatkan di hotel-hotel penginapan atlet dan petugas selain di jeti-jeti penumpang.

Menerusi perbincangannya dengan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, beliau berkata penerbangan dron di lokasi acara itu adalah dilarang sama sekali melainkan telah mendapat kebenaran khas daripada pihak tertinggi.

Bagi tujuan keselamatan, kita melihat dron ini sebagai satu ancaman kalau tidak dikawal. Secara umumnya, pihak polis tidak membenarkan,” katanya.

Katanya lebih 100 atlet dan pegawai sukan akan terlibat dalam acara itu yang berlangsung selama sembilan hari bermula 21 Ogos ini, namun sudah ada beberapa pasukan tiba sejak beberapa hari lepas.

Kita melihat tahap kawalan keselamatan yang telah kita rangka setakat ini adalah mencukupi dan akan kita tingkatkan sekiranya diperlukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Zulkifli Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zulkifli Sah Ketua Pengarah Baharu AADK

16/08/2018
0

KUALA LUMPUR — Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah mengesahkan beliau...

PDRM Aktifkan Bilik Gerakan Khas PRU14

07/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan bilik gerakan khas di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd