Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Perlis, Kedah Dan Pulau...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar hari ini mengisytiharkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang...

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh...

KUALA LUMPUR - Kadar penyertaan tenaga buruh Malaysia pada bulan Ogos 2017 meningkat...

Isu Cukai Jeti: LKIM...

SUNGAI BESAR - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggesa kerajaan Selangor segera menyatakan...

Azan Subuh 2 Kali...

KUANTAN - Semua masjid dan surau di Pahang diarah melaksanakan laungan azan sebanyak...

Kali Ketiga Terpaksa Naik Lori Ke Hospital

KUALA NERUS – Berikutan mengalami obesiti peringkat kritikal, Faisal Md Ali, 29, dari Kampung Mengabang Telipot, di sini terpaksa menaiki sebuah lori untuk ke sebuah hospital.

Dia malah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) buat kali ketiga.

Anggota APM pernah memberi bantuan membawa pemuda itu ke HSNZ pada 12 April tahun lalu kerana mengalami sakit perut dan sesak nafas.

Faisal sekali lagi mendapatkan bantuan anggota APM pada 26 Julai lalu untuk membawanya ke HSNZ selepas mengalami tekanan darah tinggi dan sesak nafas.

Semalam, APM sekali lagi menggunakan lori lima tan bagi membawa pemuda seberat 221 kilogram (kg) itu ke HSNZ selepas mengadu sesak nafas dan sakit badan jam 10 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Kuala Nerus, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga Faisal pada jam 10.20 pagi sebelum bergegas ke rumahnya.

“Disebabkan masalah obesitinya, kami menggunakan bantuan alat hidraulik untuk menggangkatnya ke atas lori APM.


“Segalanya berjalan lancar kerana Faisal memberi kerjasama di samping bantuan ahli keluarganya sendiri,” katanya.

Ahmad Kamal berkata, bantuan itu yang ketiga dihulurkan pihaknya, tetapi ia tidak menjadi masalah kerana menjadi tanggungjawab.

“Selain memberi bantuan pada 26 Julai lalu, kami pernah menghulurkan bantuan sama pada April tahun lalu dan ketika itu berat Faisal 250 kg.

“Usaha mengalihkan Faisal dari rumahnya ke lori APM lebih mudah berbanding sebelum ini kerana kami menggunakan katil mudah alih yang dipinjam daripada Klinik Kesihatan Batu Rakit,” katanya. – myMetro Online

Kategori