• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kahwini Mangsa Rogol Tak Akan Lindungi Pesalah

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tindakan pesalah kes rogol mengahwini mangsanya tidak akan melindungi pesalah daripada dihukum atas kesalahan yang dilakukan, kata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Merujuk kepada laporan akhbar semalam mengenai status kanak-kanak di Sabah yang berkahwin dengan lelaki yang merogolnya, kementerian itu berkata hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap perogol tersebut menunjukkan sistem perundangan sedia ada adalah mantap dalam melindungi mangsa jenayah, khususnya kes melibatkan kanak-kanak.

Sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas perlindungan dan kebajikan kanak-kanak, KPWKM mengambil pendirian bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah tidak digalakkan dan mereka perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya.

Dalam hal ini, katanya, perkahwinan bawah umur boleh memberi cabaran dan tekanan dari segi fizikal dan mental yang merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan, pendidikan, dan kewangan terhadap seorang kanak-kanak.

“Walau bagaimanapun, KPWKM akur keputusan mangsa dan keluarga dalam meneruskan perkahwinan bagi pasangan berkenaan menurut lunas undang-undang sedia ada,” kata KPWKM dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, beberapa akhbar tempatan memetik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebagai berkata gadis yang kini berumur 16 tahun itu berada dalam keadaan baik dan tinggal bersama keluarganya, manakala suaminya sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun.

KPWKM berkata Akta Undang-Undang keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri memperuntukkan bahawa perkahwinan bawah umur 16 tahun dibenarkan dengan mendapat kelulusan Mahkamah Syariah.

“Dalam hal ini, KPWKM sedia komited dalam memberikan jaringan sokongan sosial yang diperlukan seperti kaunseling dan pemantauan berkala demi kebajikan kanak-kanak dan keluarganya,” katanya.

KPWKM berkata lawatan terkini terhadap kanak-kanak tersebut mendapati dia selesa tinggal bersama ibu bapanya dengan membantu ibunya menjaga anak-anak kakak dan abangnya yang tinggal bersama.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus memantau keadaan kanak-kanak ini dan akan memberikan sebarang sokongan yang diperlukan demi memastikan dia dapat meneruskan hidup dengan baik, kata KPWKM. – BERNAMA

Tags: kes rogolKPWKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

19/11/2025
0

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta ibu bapa yang mempunyai anak terdedah gejala penganiayaan seksual dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd