• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabel Berselirat Di Bangkok Akan Jadi Sejarah

oleh AK-47
14/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Sejak sekian lama, kebanyakan warga asing yang berkunjung ke Bangkok berkata mereka ‘kagum’ dengan pemandangan kabel serta wayar yang berselirat di ibu negara Thailand ini, tetapi ‘tarikan’ ini akan menjadi sejarah tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ini bergantung pada kejayaan usaha pentadbir bandar raya ini untuk mengalihkan kabel atas sepanjang beribu-ribu kilometer yang menghodohkan pemandangan itu ke bawah tanah mengikut perancangan dan langkah itu tidak mengalami nasib seperti sebelum ini.

“Kini sudah ada teknologi moden, maka kami menjangka dapat mengalihkan kesemua kabel atas sepanjang 3,500km di seluruh Bangkok itu ke bawah tanah dalam masa kira-kira 10 tahun atau 200-300km kabel setahun,” kata setiausaha bahagian Bangkok Metropolitan Adminstration (BMA) Wanchai Thanomsak kepada Bernama baru-baru ini.

Dalam tempoh singkat, BMA, yang sama tarafnya dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selesai mengalihkan kira-kira 500km kabel berkenaan, sebahagian besarnya terdiri daripada wayar elektrik voltan rendah dan wayar telekomunikasi, ke dalam struktur bawah tanah, katanya.

Menurut Wanchai, lima agensi kerajaan terlibat dengan projek berkenaan iaitu Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Negara, BMA, TOT Public Company Limited, CAT Telecom Public Company Limited dan Lembaga Penjanaan Tenaga Elektrik Thailand.

Beliau berkata usaha mengalihkan kabel berkenaan ke bawah tanah bermula 10 tahun lepas, tetapi tergendala kerana pelbagai masalah, sebelum dilaksanakan semula baru-baru ini oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-Cha.

Isu pemandangan kabel atas yang berselirat, khususnya di Bangkok, mendapat pendedahan media tahun lepas apabila pemilik Microsoft, Bill Gates, menulis tentang perkara itu di dalam media sosial.

Para pengulas tempatan mendakwa, komen beliau tentang perkara itu mendesak kerajaan mengambil tindakan serta dilaporkan bersetuju memperuntukkan kira-kira 51 bilion Baht (RM6.3 bilion) bagi tempoh 10 tahun untuk mengalih kabel berkenaan ke bawah tanah.

Ditanya sama ada langkah tersebut didorong oleh tujuan untuk menambah baik imej Thailand sebagai destinasi pelancongan global, Wanchai berkata pelawat ke negara ini tidak memberi fokus kepada kabel yang berselirat itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada pelbagai tarikannya seperti Grand Palace (Istana Agong), yang dikunjungi 50,000 pelawat sehari.

“Mereka memberi fokus terhadap peradaban kami, keselamatan, identiti, keselesaan dan perkara lain,” kata Wanchai serta menjelaskan bahawa sesetengah pelancong menyuarakan kekaguman mereka terhadap kabel yang berselirat di bandar raya ini dan tertanya-tanya bagaimana pihak berkuasa mampu memastikannya sentiasa berfungsi.

“Maklum balas daripada mereka itu memeranjatkan kami kerana mereka tidak mengkritik kami, sebaiknya melahirkan kekaguman (dengan kewujudan kabel atas yang berselirat itu),” kata beliau. – BERNAMA

Tags: bangkokThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd