MAKKAH – Baru sahaja tadi kita digemparkan dengan berita mengenai hujan lebat beserta hujan batu yang melanda Tanah Suci Makkah.
Ternyata kejadian hujan yang melanda bumi suci itu benar-benar dinantikan oleh semua umat Islam yang sedang berada di sana apatah lagi ia jarang berlaku dan kali terakhir lebih setahun lalu.
Baca: Hujan Lebat Landa Tanah Suci Makkah
Namun kejadian yang lebih menyentuh hati berlaku ialah apabila ada sebahagian jemaah haji dari Indonesia yang berselawat ketika sabar menunggu giliran di lapangan terbang di sana.
Laungan selawat itu benar-benar bergema satu lapangan. Sungguh sebak rasanya apabila diperdengarkan selawat yang dilaungankan itu.
Perlakuan seperti inilah yang perlu kita contohi kerana mereka mengisi masa selama berjam-jam ini dengan berselawat.
Benarlah selawat sememangnya bermaksud untuk memberi kesabaran kepada diri kita. Mengelakkan daripada rasa amarah atau kekosongan. Semoga ibadah mereka semua diangkat ditempat yang tinggi.
Menyentuh mengenai kejadian hujan yang berlaku semalam, kira-kira pukul 4.45 petang itu ia berlaku usai selepas jemaah di sana menunaikan solat fardu Asar.
Kesemua jemaah di sana melahirkan rasa kesyukuran kerana sebelum ini cuaca disana mencecah sehingga 45 darjah celcius.
Dikatakan kali terakhir bumi Al-Muqarammah itu dibasahi hujan, seminggu sebelum hari wukuf iaitu pada musim haji yang lalu.
Turut berlaku ketika hujan lebat itu ialah hujan turun bersama batu. Hujan yang sangat lebat itu telah membuatkan ramai jemaah melafazkan rasa syukur.
“Lepas selesai solat Asar tadi, saya tengok kena ramai berkumpul dekat luar ni. Rupanya hujan batu! Ya Allah, saya betul-betul bersyukur lah. Allahu Akbar… Hingga tak terkata saya,” kata salah seorang jemaah haji ketika ditemui oleh wakil media RTM di sana.
Benarlah selawat sememangnya bermaksud untuk memberi kesabaran kepada diri kita. Mengelakkan dari rasa amarah atau kekosongan. Semoga ibadah mereka semua diangkat ditempat yang tinggi. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah
