Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

Bulan Kebangsaan 2023 Dilancar...

Ipoh : Jalur Gemilang akan berkibar megah di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru...

Konsol PS4 Edisi Batman...

JIKA anda seorang peminat sesuatu karekter atau watak, tahap meminati anda mungkin boleh diluahkan...

Kanak-Kanak Maut Ketika Cuba...

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut dipercayai terkena renjatan...

MH17: Persetujuan Najib-Putin Petanda...

BANGI - Persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Rusia...

Jari Bengkak Terlekat Di ‘Fidget Spinner’

KOTA BELUD – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bengkak jari apabila terlekat pad alubang ‘fidget spinner’ di rumahnya.

Mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud pada jam 6.50 petang semalam sebelum pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan alat permainan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Rozlan Osman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Hospital Kota Belud pada jam 6.59 petang.

“Seramai lapan anggota kemudian ke hospital berkenaan dan sebaik tiba, kita dapati jari tengah tangan kanan kanak-kanak itu tersepit pada lubang alat permainan spinner dan membengkak.

“Kita mengambil masa 10 minit bagi mengeluarkan jari mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi.


Rozlan berkata, mangsa kemudian diberi rawatan lanjut di hospital berkenaan. – BH Online

Kategori