Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

CEO FB Mohon Maaf,...

SAN FRANCISCO - CEO Facebook, Mark Zuckerberg, pada Ahad telah memohon maaf menerusi...

Video: Pengedar Dadah Dicekup...

TULAR menerusi media sosial rakaman tangkapan penguat kuasa ke atas lima suspek disyaki...

Rizalman Perjelas Fesyen Pelik...

KIRA-KIRA jam 9 malam semalam, pelakon Izara Aishah sah bergelar isteri kepada anak...

Jangan Pandang Remeh Bahaya...

PADANG BESAR - Kesedaran tinggi perlu dipupuk dalam kalangan orang ramai akan bahaya...

Isu Bendera Indonesia Tidak Disengajakan – Zahid

TELUK INTAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), tidak disengajakan.

“Kita harus berfikiran terbuka tentang perkara ini. Saya percaya ini tidak dilakukan dengan niat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan, hari ini.

Dalam buku panduan KL2017, temasya sukan dwitahunan yang upacara pembukaannya berlangsung gilang-gemilang malam tadi, bendera Indonesia dicetak terbalik.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia, Imam Nahrawi dan rakyat Indonesia atas kesilapan tersebut dan menegaskan kesilapan itu tidak disengajakan. – BERNAMA

Kategori