• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu 1MDB: PAS Cabar Pembangkang Jumpa Arul

oleh
10/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua maklum Pakatan Harapan cuma pandai bercakap besar tetapi ‘takut’ berdepan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda malah ada batal sesi debat dengannya.

Namun lucunya, mereka marah benar apabila mengetahui sekumpulan pemimpin tertinggi PAS Pusat diketuai timbalan presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertemu Arul secara rahsia di ibu negara pada Isnin lalu.

Pertemuan itu turut disertai bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga mantan tokoh korporat pelbagai syarikat terkemuka dan mereka jelas puas hati dengan segala pencerahan dikemukakan Arul secara telus.

Kesal dengan tohmahan pemimpin blok pakatan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mencabar mereka untuk mendapatkan penjelasan isu berkaitan 1MDB dengan berjumpa sendiri Arul bagi tujuan sama.

Ahli Parlimen PAS Kota Bharu itu malahan berkata, keputusan pemimpin parti Islam tersebut bersemuka terus dengan Arul kerana memang mahu mendapatkan penjelasan terus berhubung isu 1MDB yang sengaja dipolemikkan.

“Enam soalan berkaitan 1MDB oleh ahli parlimen PAS ditolak (Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia). Atas dasar itu (subjudis) kita minta di luar dewan dan (Arul) setuju,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau mencelah pertikaian antara Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng dengan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee berhubung isu-isu 1MDB yang diputuskan subjudis oleh Pandikar Amin.

Wakil DAP itu bangun bertanya kenapa Arul memberi penjelasan kepada PAS walhal Speaker memutuskan isu itu adalah subjudis. Ronald menjelaskan elemen subjudis hanya terpakai di dalam perbahasan Dewan Rakyat.

Katanya lagi, keputusan Speaker bertegas menolak ratusan soalan dikemukan pembangkang berkaitan 1MDB itu adalah muktamad dan hanya boleh dikaji dengan usul berdasarkan peraturan mesyuarat yang ada.

Namun Lip Eng masih tidak berpuas hati dengan penjelasan itu sehingga beberapa kali ditegurnya. Takiyuddin yang celah kemudian mencabar DAP atau pembangkang lain berjumpa pihak 1MDB jika tidak puas hati soalan ditolak.

Dewan Rakyat kemudian kecoh apabila Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching, Chong Chieng Jen bangun dan menuduh PAS sudah menjadi seumpama cawangan UMNO kerana pendirian menyokong 1MDB.

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing bagaimanapun turut bangun menyelar wakil-wakil pembangkang yang sebahagiannya adalah peguam tetapi mereka sendiri tidak faham peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Ada ahli parlimen ini bukan Kong Kali Kong tetapi Kong Kong, peraturan sudah tentu pakai di dalam Dewan. Ini tak tahu undang-undang, mahu publisiti sahaja, elok baca balik peraturan,” tegasnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: 1MDBPandikar Amin Mulia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd