• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa Samad Direman 5 Hari Sehingga 20 Ogos

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pembelian hotel Felda Investment Corporation (FIC) di Kensington, London antara 2014 dan 2015.

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang mengendalikan prosiding reman berkenaan mengeluarkan perintah reman itu mulai hari ini sehingga 20 Ogos (Ahad) berikutan permohonan SPRM.

Mohd Isa, 68, dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira 9.10 pagi dengan berbaju lokap SPRM berwarna jingga dengan diiringi anggota SPRM menaiki kenderaan agensi penguatkuasaan itu untuk prosiding reman berkenaan.

Mohd Isa diwakili enam peguam iaitu Datuk K Kumaraendran selaku ketua, Dev Kumaraendran, Ridha Ahdar Subry, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Lavina Kumarendran dan Datuk N. Sivananthan pada prosiding itu manakala SPRM oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.

Beliau dipercayai menyalahgunakan kedudukan dalam kes pembelian hotel di London. Kes berkenaan disiasat mengikut Sekyen 16 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Tags: Isa SamadSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menarik balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd