• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ICRC Lancar Laman Web Bantu Kesan Konflik Filipina

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mewujudkan sebuah laman web bagi membolehkan orang ramai mengesan anggota keluarga yang terpisah akibat konflik di bandar Marawi, selatan Filipina, lapor agensi berita China Xinhua.

“Dalam usaha untuk menyatukan semula keluarga yang terpisah, Palang Merah Filipina (PRC) dan ICRC baru-baru ini melancarkan laman web familylinks.icrc.org/Philippines untuk bantu mengesan orang hilang,” kata ICRC dalam satu kenyataan.

Ketua pasukan ICRC Camilla Matteucci yang turut bertugas dengan PRC berkata, terdapat banyak kemungkinan menyebabkan berlakunya perpisahan antara anggota keluarga semasa konflik.

“Mungkin ada yang terperangkap dalam pertempuran, ditahan atau dibunuh dan ada berada di pusat pemindahan tetapi tidak mempunyai cara untuk menghubungi keluarganya.

“Laman web kami menawarkan platform kepada pihak yang mahu berkongsi maklumat tentang saudara-mara mereka yang hilang dan meminta bantuan kami untuk mengesan,” kata Matteucci.

Menurut ICRC maklumat yang dikongsi oleh keluarga adalah sulit.

“Sejak permulaan konflik di Marawi, Palang Merah menerima 402 permintaan pengesanan, 179 daripadanya masih dipertimbangkan,” kata ICRC.

Marawi dilanda konflik yang menyaksikan pertempuran sengit antara pasukan keselamatan kerajaan dan pelampau yang bersekutu dengan Daesh yang berlarutan sejak lebih tiga bulan lepas.

Kerajaan menganggarkan lebih 500,000 orang telah hilang tempat tinggal sejak pertempuran tercetus pada 23 Mei manakala lebih 800 tentera terkorban. – BERNAMA

Tags: Konflik Di Marawi Filipina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd