• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Mati Perogol Disiarkan Secara “Live”

oleh AK-47
02/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANA’A – Seorang lelaki Yaman berusia 41 tahun ditembak mati selepas didapati bersalah atas tuduhan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Lapor portal Dailymail, suspek dikenali sebagai Mohammed Saad Mujahid al-Maghrabi dihukum dengan ditembak mati menggunakan senapang AK-47 di ibu kota Sana’a, pada Isnin.

Hukuman tembak sampai mati itu malah disaksikan oleh beribu-ribu orang awam yang berkumpul di lokasi yang ditetapkan dan Saad terpaksa dibawa ke tempat itu dengan menggunakan sebuah van perisai.

Menerusi rakaman, Saad ditiarapkan di atas karpet yang diletakkan di atas lantai dengan kedua-dua tangannya yang terikat di belakang badan sebelum seorang askar berdiri di belakangnya melepaskan tembakan.

Hukuman yang dijalankan terhadap Saad itu turut disiarkan secara langsung di televisyen dan orang ramai juga mengambil kesempatan untuk merakam hukuman itu dengan telefon bimbit mereka.

Menurut agensi berita Yaman, Mahkamah Houthi mendapati Saad bersalah bagi tuduhan merogol dan membunuh Rana al-Matan, 3, pada 25 Jun lalu, iaitu pada hari pertama sambutan Aidilfitiri.

Di bawah undang-undang Syariah, individu yang didapati bersalah kerana bunuh akan dihukum dengan hukuman mati dan hanya keluarga mangsa yang boleh meminta hukuman terhadap pesalah dikurang atau dimansuhkan.

Hukuman bunuh di Yaman biasanya dilaksanakan dengan pesalah dipancung namun ini kali pertama ia disiarkan melalui televisyen oleh pemberontak Houthi yang menguasai ibu negara Yaman itu.  – MYNEWSHUB.CC

Tags: ditembakYaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

01/12/2025
0

  KLANG – Seorang lelaki India berusia 27 tahun maut selepas ditembak di hadapan rumahnya dalam kejadian mengejutkan di Taman...

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

08/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dikatakan sedang makan bersama rakannya, maut ditembak penyerang bersenjata dalam kejadian di sebuah kawasan bangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd