• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lahad Datu Terima Mesin Hemodialisi Sumbangan JCI

oleh AK-47
07/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Hospital Lahad Datu di sini menerima  sebuah lagi mesin  hemodialisis baharu sumbangan Junior Chamber International  (JCI) Lahad Datu.

Senator JCI Sia Yit Su berkata, sumbangan itu dilakukan selepas Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Lahad Datu Tan Chen Teng menyuarakan hasrat kepada JCI Lahad Datu mengenai keperluan memperoleh empat  mesin berkenaan.

“Menggunakan tabung kebajikan JCI Lahad Datu, kami bersetuju menyumbangkan sebuah mesin hemodialisis bernilai  RM46,640 untuk menampung keperluan pesakit dalam senarai menunggu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Sia berkata difahamkan Hospital Lahad Datu mempunyai 22 mesin Hemodialisis namun jumlah itu masih belum mencukupi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Lahad Datu, Dr Esmar Abd Hamid menzahirkan terima kasih terhadap keprihatinan JCI Lahad Datu dan Lembaga Pelawat Hospital yang peka terhadap keperluan  pihak hospital dalam merawat pesakit.

“Kami memerlukan mesin itu ekoran penambahan jumlah pesakit pada setiap tahun,” katanya.

Terdahulu, Tan Chen Teng berkata pihaknya akan terus berusaha mencari dan penyumbang bagi memperolehi tiga lagi mesin Hemodialisis untuk Hospital Lahad Datu. – BERNAMA

Tags: JCI Sia Yit SuMesin Hemodialisi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd