• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Honda Malaysia Lancar Enam Model Baharu

oleh AK-47
09/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Honda Malaysia Sdn Bhd akan melancarkan enam model baharu pada tahun ini berbanding empat yang dirancang sebelum ini, susulan prestasinya yang positif pada separuh pertama tahun ini, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Katsuto Hayashi.

Hayashi berkata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, wilayah selatan mencatatkan jualan lebih 10,500 unit, 70 peratus, atau lebih 7,300 unit, dijual di Johor.

Beliau berkata secara keseluruhan, jualan di wilayah selatan naik sebanyak 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dan menyumbang kira-kira 20 peratus kepada jumlah jualan Honda Malaysia sebanyak 52,527 unit.

“Bahagian pasaran Honda Malaysia meningkat sebanyak 18.5 peratus pada separuh pertama 2017, berbanding 14.4 peratus pada tempoh sama tahun lepas.

“Honda City kekal menjadi model kegemaran di wilayah selatan dalam tempoh tersebut, dengan hampir 3,000 unit dijual,” katanya pada pembukaan Wang Loo Motor (JB) Sdn Bhd Honda 3S Centre di sini hari ini.

Hayashi berkata model baharu itu akan membantu mengekalkan Honda Malaysia pada landasan untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000 unit bagi 2017.

“Kami memulakan 2017 dengan kukuh melalui pelancaran BR-V, yang dijual hampir 12,000 unit dalam tempoh enam bulan, dan ini diikuti dengan pelancaran New City pada Mac.

“Kami  mengekalkan momentum yang baik ini dengan pelancaran Jazz Petrol baharu, Jazz Sport Hybrid i-DCD baharu, baru-baru ini dan CR-V serba baharu dengan Teknologi Keselamatan Termaju Generasi Akan Datang, Honda SENSING, masing-masing pada Jun dan Julai,” katanya.

Beliau berkata model tersebut mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia, dan Honda akan terus memberikan yang terbaik untuk memastikan pasaran menarik. – BERNAMA

Tags: HondaKatsuto Hayashi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

06/09/2022
0

REMBAU: Empat buah kenderaan baharu jenis Honda musnah dalam kebakaran sebuah treler yang membawa muatan kenderaan berkenaan di Kilometer 227.2...

Honda City Hatchback Dilancar, Harga Bermula RM75,670

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini melancarkan model City Hatchback ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM75,670. Model...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd