• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati-Hati, Lelaki Arab Ini Gemar Menipu Wanita Di FB…

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita tertipu dengan seorang lelaki Arab yang berpura-pura alim dengan menawarkan pelbagai rawatan secara Islamik menerusi laman Facebooknya, baru-baru ini.

Lelaki berpenampilan ala-ala alim ulama itu memukau mangsa yang disapanya dengan meminta gambar dari jarak dekat untuk melihat jika terdapat sebarang penyakit yang dialami oleh wanita tersebut yang mana foto itu sebenarnya digunakan untuk tujuan sihir atau dipukau. .

Menurut ibu saudara kepada wanita tersebut yang menceritakan kisah pukau itu, ceritanya bermula apabila wanita ini seperti dipukau dan sanggup keluar berseorangan dari Pulau Pinang ke Gombak untuk menemui lelaki tersebut.

Padahal menurut ibu saudaranya, wanita itu bukanlah seorang yang berani keluar bersendirian dan berjauhan dengan keluarganya.

Wanita itu dan lelaki Arab tersebut kemudiannya bertemu di sebuah masjid berdekatan Gombak, di mana ia merupakan lokasi yang telah dijanjikan oleh lelaki itu untuk mereka berjumpa.

Bukan itu sahaja, malah, ‘sheikh’ ini katanya turut menawarkan rawatan penyakit mistik sehinggakan wanita tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Arab berstatus mewah di Sri Hartamas sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki tersebut.

Menurut ibu saudara itu lagi, wanita itu bernasib baik kerana dia tidak diapa-apakan oleh lelaki tersebut dan wanita itu sempat melarikan diri pada keesokan harinya selepas dia menyedari dirinya dipukau.

Wanita yang dipukau itu dilaporkan masih berhubung dengan lelaki tersebut sehinggalah dia dibawa pulang ke Selangor oleh ibunya. Dia juga telah dibawa ke Pusat Rawatan Darussyifa’ untuk berubat dan hasilnya dia kembali berubah seperti biasa.

Sebagai langkah pencegahan, wanita ini telah menukar nombor tefon bimbitnya dan sentiasa berjaga-jaga kerana gambar dan juga alamat tempat tinggal sudah diberikan kepada lelaki tersebut.

Untuk mendapatkan kepastian, ibu saudara kepada wanita tersebut telah menyamar dan menghubungi lelaki itu menerusi aplikasi ‘WhatsApp’ dan berikut adalah perbualan mereka yang menunjukkan lelaki tersebut hanya mengambil kesempatan ke atas wanita berkenaan.

 

Ternyata betul sangkaan ibu saudara wanita itu yang meragui lelaki tersebut yang disifatkan cukup bijak berkata-kata dalam menggoda agar wanita lemah dan cair dengannya.

Ibu saudara wanita tersebut menyatakan bahawa lelaki ini mempunyai hubungan baik dengan beberapa VIP di Malaysia dan juga pakar dalam merawat penyakit-penyakit mistik.

Menurut ibu saudaranya lagi, lelaki ini juga pernah mengeluarkan kenyataan akan mencium dan memeluk serta menjalinkan hubungan seks pada pertemuan kali kedua.

Orang kalau nak buat jahat ni dekat mana-mana pun boleh.  Jadi wanita-wanita di luar sana tu berhati-hatilah ya! – MYNEWSHUB.CC / Aisyah

* Video di bawah sekadar hiasan.

Tags: facebookPenipuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd