• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasrat Annuar Disambut Baik – Ismail Sabri

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyambut baik hasrat Tan Sri Annuar Musa untuk tidak menyambung kontrak sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) selepas memegang jawatan itu lebih empat tahun.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia merupakan pengorbanan Annuar merangkap Ketua Penerangan UMNO demi menumpukan usaha kepada parti dalam memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Saya menyambut baik sebab saya tahu tujuan Tan Sri Annuar untuk tidak menyambung kontrak sebab beliau hendak teruskan tugas membantu parti memenangi PRU.

“Kita tahu PRU sudah semakin hampir dan Tan Sri Annuar sibuk dengan parti, saya nampak Tan Sri pusing satu negara. Ini merupakan pengorbanan Tan Sri Annuar untuk memberikan tumpuan kepada parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Simpang Renggam, di sini hari ini.

Beliau turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada Annuar selama berkhidmat dengan MARA, sekali gus telah memberikan sumbangan besar kepada MARA dan orang Melayu.

Semalam, Annuar yang ditemui pemberita selepas berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Kuala Berang, Terengganu dilaporkan berkata surat memohon pertimbangan agar pelantikan semula tidak disambung itu dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Rabu lalu.

Annuar mencadangkan kepada Presiden UMNO agar memberi peluang kepada pemimpin lain menjawat jawatan itu.

Anggota Parlimen Ketereh itu dilantik sebagai Pengerusi MARA pada 19 Julai 2013 dan disambung pada 12 Ogos 2015.

Bagaimanapun jawatan beliau digantung Januari lepas berikutan dakwaan isu penajaan bola sepak pasukan Kelantan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd