• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Hanya Yang Berani’ Puisi Sentuh Jiwa Di Dataran Merdeka

oleh AK-47
31/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persembahan yang menyentuh hati oleh sekumpulan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sambutan Hari Kebangsaan 2017, di Dataran Merdeka hari ini berjaya mencuri tumpuan semua hadirin.

Buat pertama kali, rakyat Malaysia didedahkan tentang pergorbanan pasukan elit PDRM yang dikenali sebagai F Team, yang beroperasi bermula pada tahun 1971 sebelum dibubarkan pada 1 Mei 1995, dengan keanggotaan keseluruhan 164 orang untuk menjalankan gerakan-gerakan operasi sulit menentang musuh khususnya pengganas komunis.

Selepas lebih 45 tahun dirahsiakan, pasukan persembahan membuat lakonan semula dalam bentuk pantomim bagi mengimbau sejarah dan tugas sulit khususnya dalam siri pertempuran bersenjata dengan pengganas komunis, sehingga ada anggota elit itu turut terkorban mempertahankan kedaulatan negara.

Persembahan berdurasi lapan minit secara penuh bermakna dan beremosi di dataran bersejarah itu diakhiri melalui deklamasi puisi bertajuk “Hanya Yang Berani” – padat dengan mesej pergorbanan nyawa dan tumpahan darah semata-mata memastikan tanah air terus merdeka.

Puisi itu dideklamasikan Ketua Cawangan Khas Daerah Melaka Tengah, Melaka, Asisten Superintendan Polis (ASP) Mohamed Mahat dan pegawai Jabatan Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Superintendan Rose Baini Kasim.

Bait-bait puisi yang terkesan kepada penonton antaranya berbunyi:

Hanya yang berani, akan mengotakan janji dan sumpah setia

Hanya yang berani, menggadai nyawa dan air mata, membela nasib bangsa

Hanya yang berani, mempertahankan pertiwi untuk diwarisi kepada generasi muka

Mohamed, ketika ditemui Bernama berkata puisi itu dicipta khas sempena hari kebangsaan tahun ini bagi memperkenalkan F Team, pasukan yang bertanggungjawab mengakhiri era keganasan komunis di Malaysia hingga membawa kepada pemeteraian Perjanjian Haadyai pada 2 Dis 1989.

“Puisi ini saya cipta khas untuk memperkenalkan F Team, bagi memerangi komunis satu ketika dahulu. Diharap ia dapat membangkitkan semangat patriotik di kalangan generasi kita hari ini,” katanya.

Rose Baini pula berkata biarpun deklamasi puisi itu hanya berdurasi dua minit, namun ia amat bermakna kepada dirinya.

“Walaupun tempoh dua minit sahaja, tetapi dua minit yang amat bernilai dan yang paling penting, kami dapat bersama-sama menyumbang sesuatu yang istimewa pada hari keramat negara,” katanya.

Pasukan F Team ditubuhkan pada Mac 1971 dan diketuai Datuk Leong Chee Woh. Pasukan itu terdiri daripada beberapa pegawai, detektif cawangan khas serta bekas pengganas komunis terpilih yang diberi peluang berkhidmat dengan F Team.

Hasil daripada peranan F Team, seramai 48 orang pengganas komunis dibunuh, 171 ditangkap di hutan manakala 1,432 anggota lagi yang terlibat dalam gerakan bawah tanah di bandar dan luar bandar ditangkap. – BERNAMA

Tags: Dataran Merdekahari merdeka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Bantah Trump Laung ‘Free Free Palestin’ Di Dataran Merdeka

Himpunan Bantah Trump Laung ‘Free Free Palestin’ Di Dataran Merdeka

26/10/2025
0

KUALA LUMPUR - 'Free free Palestin' dilaungkan kumpulan peserta Himpunan Bantah Trump di Dataran Merdeka, di sini pada Ahad. Tinjauan...

Polis Giat Kesan Individu Bergaduh Di Dataran Merdeka

Polis Giat Kesan Individu Bergaduh Di Dataran Merdeka

01/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis giat mengesan suspek pergaduhan membabitkan sekumpulan individu sebagaimana tular di Facebook yang dipercayai berlaku di Dataran Merdeka,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd