Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Biadap, Pelukis Karikatur Perolok...

SEORANG pelukis karikatur yang mendakwa dirinya aktivis, menghasilkan lakaran komik badut menyerupai wajah-wajah ahli politik...

Waze Papar Suara Tony...

KUALA LUMPUR - Aplikasi pengemudian serta trafik masa sebenar, Waze, kini memaparkan ciri...

Kementerian Pendidikan Anjur Jerayawara...

PUTRAJAYA - Jerayawara Anugerah Akademik Negara (AAN) digerakkan mulai tahun ini mengikut zon...

Lembu Punca Perang Dunia...

AHMEDABAD - Seorang bekas sami yang kini menjadi pegawai kerajaan India meramalkan Perang...

Hanya Kerajaan Selangor Belum Sain IBR – SPRM

KOTA BHARU – Ketika PKR yang menguasai Selangor mendakwa konon menentang amalan rasuah, lucunya kepimpinan negeri itu pula belum pernah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Perkara yang agak pelik itu turut disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sambil berharap kerajaan Selangor yang diterajui PKR akan segera melafaz dan menandatangani IBR dalam masa terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pada masa kini pihaknya sedang menunggu bilakah tarikh yang sesuai daripada pentadbiran kerajaan negeri pakatan pembangkang itu untuk dapat melaksanakan IBR.

Beliau berkata, kesemua negeri telah menandatangani dan melafazkan ikrar itu kecuali Selangor. Malah Pulau Pinang yang ketua menteri dan exconya sendiri berdepan dengan kes rasuah, turut menyertai IBR baru-baru ini.

“Yang tinggal hanya Selangor, saya berharap sangat pihak kerajaan negeri Selangor memandang perkara ini dengan serius dan turut serta dalam melaksanakan IBR. Kita telah menghubungi kerajaan negeri Selangor.

“Sekarang hanya menunggu tarikh daripada mereka. Saya hendak sangat kerajaan negeri Selangor melaksanakan IBR dalam kadar segera, kalau boleh dalam tahun ini juga boleh selesai,” kata Dzulkifli lagi.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Lafaz dan Menandatangani IBR Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Dzulkifli menyaksikan barisan kepemimpinan Kerajaan PAS Kelantan yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob melafazkan serta menandatangani IBR. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori