• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanez Suraya Keluarkan Tudung Jenama Sendiri

oleh AK-47
29/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RATA-RATA wanita pasti setuju Hanez Suraya bertambah jelita selepas bertudung, apatah lagi dengan gaya fesyen hijab tersendiri yang dikenakan olehnya.

Namun, selepas tiga tahun bertudung barulah Hanez terlintas untuk serius dalam dunia perniagaan.

Memperkenalkan jenama hijabnya yang bernama Everyday KL sejak beberapa bulan lalu, Hanez kini lebih yakin untuk mendalami bisnesnya.

Assalammualaikum kesayangan #everydaykl Hanez ada di booth stokis @everyday_kl_selangor E81 ZB Butik di PKNS Shah Alam.. Sesiapa yg nak dtg bole dtg harini sehingga jumaat dr jam 10pg-12mlm.. Marilah dtg!! Kami ada #everydaykl Swarovski khas utk anda ❤️

A post shared by EVERYDAY KL (@everyday_kl) on Jun 21, 2017 at 1:54am PDT

Tambahan pula, suaminya iaitu Romie Razin Adilha, menghormati keinginannya untuk menceburi bidang perniagaan sebagai ‘pengganti’ pada permintaan lelaki terbabit supaya dia berhenti berlakon.

“Sebelum ini, memang ada yang bertanya, kenapa saya nak jual tudung juga kerana ramai artis sudah melakukan perkara sama? Tidak kurang juga yang bersikap skeptikal ketika saya mula-mula bertudung dulu. Mereka kata, perubahan imej saya itu mesti ada kaitannya dengan bisnes hijab.

“Untuk pengetahuan, saya berniaga tudung bukan kerana mengikut aliran semasa. Ikutkan, tak pernah terlintas pun di hati saya nak jual tudung. Namun akhirnya ia menjadi kenyataan dan alhamdulillah, sambutan diberikan amat menggalakkan.

“Saya juga percaya, tudung sudah menjadi keperluan dan persaingan di kalangan mereka yang menjual produk terbabit juga bukan masalah besar. Pengguna memerlukan pelbagai pilihan dalam mendapatkan produk pilihan mereka,” katanya kepada BH Online.

Kata Hanez lagi, suaminya amat menyokong karier terbarunya sebagai ahli perniagaan.

“Jika dia tidak bagi saya berlakon, dia kenalah izinkan saya melakukan kerja lain pula untuk menjana sumber pendapatan. Akhirnya, dia memberikan restu untuk saya berniaga tudung.

“Saya sendiri masih lagi dalam fasa belajar dan bertatih di dunia baharu ini. Alhamdulillah, suami turut memberikan sokongannya,” katanya yang sudah nekad berhenti daripada kerjaya lakonan.

Tq @bawalhouseofficial #everydaykl

A post shared by EVERYDAY KL (@everyday_kl) on Aug 9, 2017 at 5:03am PDT

Dedah ibu kepada Puteri Aleesya ini lagi, dia mendekati beberapa teman yang menceburi perniagaan sama pada awal pembabitannya dalam bisnes terbabit, bagi mendapatkan pengetahuan.

“Alhamdulillah, kini apabila ada modal lebih, saya sudah mula mengulang pengeluaran bagi tempahan dan jualan.

“Pengikut tudung di laman sosial pun semakin bertambah dan sambutan diberikan juga sangat menggalakkan. Semua itu menjadi suntikan semangat untuk saya lebih serius dan mengembangkan lagi perniagaan,” katanya.

Bagusnya Hanez, hormati permintaan suami. Tak mengapalah jika tidak diizinkan untuk berlakon lagi, besar pahalanya taat pada suami! – MYNEWSHUB.CC

Tags: hanez suraya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perkembangan Belajar Anak Perlu Peranan Ibu Bapa

Next Post

Arab Saudi Lancar Portal, Perkembangan Jemaah Haji

Related Posts

Tak Suka Nama Disebut, Hanez Mohon Awi Jaga Hati

30/03/2018
0

KENANGAN masa lalu merupakan satu perjalanan yang perlu kita lupakan serta dijadikan sebagai pengajaran. Tak semua orang suka apabila kenangan...

Hanez Mohon Hormati Status Sebagai Seorang Isteri

29/03/2018
0

BARU-BARU ini, penyanyi kelahiran Singapura iaitu Awi Rafael mendedahkan dia mengenali tunangnya, Atikah Suhaime sejak lapan tahun lalu ketika masih...

Next Post

Arab Saudi Lancar Portal, Perkembangan Jemaah Haji

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd