Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Bomba Cedera Digigit Beruang...

YAN - Seorang pegawai bomba bantuan cedera akibat digigit seekor beruang matahari yang...

Firma AS Tawar Bantuan...

WASHINGTON DC ā€“ Sebuah firma penerokaan dasar laut tampil menawarkan bantuan meneruskan usaha...

Penjawat Awam Dapat Bantuan...

KUALA LUMPUR - Semua kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima...

Pencuri Duit Tabung Surau...

SUNGAI BULOH - Kegiatan seorang lelaki menggunakan mesin pencanai untuk memotong mangga tabung...

Graduan UNiMAP Tumpuan Pihak Industri

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyifatkan graduan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah antara yang amat diperlukan oleh pihak industri.

Baginda bertitah perkara itu berdasarkan kepada statistik penerimaan industri dan masyarakat terhadap graduan UniMAP yang menunjukkan lebih 80 peratus daripada mereka mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian walaupun dalam ketidakstabilan ekonomi.

“Alhamdulillah, berdasarkan data tahun ini meskipun istiadat konvokesyen UniMAP hanya akan berlangsung pada 28 hingga 30 Okt ini, peratusan pelajar yang telah mendapat pekerjaan sudah melepasi 50 peratus,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada taklimat waris dan simbolik penerimaan siswa baharu sempena pendaftaran pelajar dan program minggu suai kenal sidang akademik 2017/2018, di Dewan Ilmu Kampus Tetap UniMAP, di sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro Canselor UniMAP dan Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah sejak mula diwujudkan pada 2002, UniMAP berjaya membuktikan kesemua program akademik yang ditawarkan universiti itu diiktiraf kerajaan dan badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Selain itu, baginda bertitah UniMAP turut mempersiapkan para mahasiswanya dengan elemen keusahawanan dalam usaha menjadikan mereka seorang usahawan dalam semua bidang yang dipelajari.


“Adalah menjadi hasrat UniMAP untuk melahirkan usahawan yang bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain dan bukan sekadar pencari pekerjaan,” titah baginda.

Baginda bertitah graduan UniMAP bukan sahaja menguasai ilmu akademik malah kemahiran insaniah.

“Pihak universiti juga sentiasa mengatur pelbagai program bertujuan meningkatkan lagi pembangunan sahsiah pelajarnya. Program seperti ā€˜7 pillars+iā€™ iaitu program tersusun yang wajib diikuti pelajar sepanjang pengajian di sini, sebagai syarat bergraduat,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori