• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Graduan Kolej Vokasional Miliki Nilai Kebolehpasaran

oleh Ahmad Albab
01/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sembilan puluh peratus daripada 2,273 lulusan Kolej Vokasional (KV), kohort pertama tamat pengajian tahun lepas, telah mendapat pekerjaan dalam bidang kemahiran dipelajari, membuktikan mereka mempunyai nilai kebolehpasaran tinggi.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata bagi kohort kedua pula sebanyak 41.74 peratus daripada 12,997 lulusan KV telahpun ditawarkan pekerjaan walaupun belum selesai konvokesyen.

“Ini menunjukkan pelajar KV mempunyai kemahiran dan diiktiraf oleh pihak industri,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu mengenai kebolehpasaran lulusan KV dan status pengiktirafan diploma KV pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata program diploma yang ditawarkan KV juga dijangka memperoleh pengiktirafan penuh akreditasi Lembaga Kelayakan Malaysia (MQA) menjelang akhir tahun ini.

Katanya kini MQA telah selesai membuat verifikasi akreditasi penuh program diploma di 15 buah KV rintis yang menawarkan 16 program.

Mahdzir berkata pihak kementerian juga berbincang secara intensif dengan Kementerian Pendidikann Tinggi bagi membolehkan pelajar lepasan diploma KV melanjutkan pelajaran.

Katanya MQA menyediakan dua laluan ke universiti awam untuk memberi peluang kepada lulusan diploma KV mengikuti program Ijazah iaitu melaui laluan terus dan melalui laluan Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalidgraduan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

12/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Seorang graduan yang baru menamatkan pengajian di universiti luar negara didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

NC UA Bentang Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera, Sasar Lahirkan Graduan Kompetitif

NC UA Bentang Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera, Sasar Lahirkan Graduan Kompetitif

27/02/2024
0

Naib-Naib Canselor Universiti Awam (UA) membentangkan Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera kepada Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd