• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Belia Perlu Dibimbing Demi Kemajuan Negara

oleh AK-47
12/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan pemimpin di negara ini agar sentiasa membimbing golongan belia supaya mereka mampu menjadi pelapis pemimpin negara serta insan yang berupaya menyumbang kepada kesejahteraan dan kemajuan negara.

Baginda bertitah ia penting kerana golongan itu pada masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lebih getir berikutan era modenisasi berbanding generasi terdahulu.

“Saya mahu melihat golongan belia sekarang menjadi lebih berjaya berbanding dahulu kerana tiada maknanya kita memerintah negara tetapi golongan belianya bercelaru.

“Oleh itu, pemimpin belia perlu dibimbing agar mereka menjadi insan berguna dan mampu menyumbang kepada negara baik dari segi ekonomi mahupun sosial,” titah baginda merasmikan Majlis Malam Anugerah Belia Peringkat Negeri Pahang 2017 di sini malam tadi.

Hadir pada majlis itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Tengku Abdullah bertitah pendekatan menzahirkan penghargaan atas kecemerlangan dan sumbangan golongan belia kepada masyarakat juga perlu disemarakkan bagi membakar semangat mereka untuk terus berusaha.

“Seingat saya dahulu ada anugerah pingat Hang Tuah yang diberikan kepada belia di negara ini, saya bangga apabila melihat mereka menerima anugerah tersebut.

“Sekarang tiada lagi, adakah kita lupa tentang hal ini dan kenapa kita tidak berusaha untuk menghidupkannya kembali?,” titahnya.

Baginda bertitah golongan belia di negara ini juga seharusnya merasa bertuah kerana tidak dipinggirkan oleh kerajaan apabila diberikan wadah untuk mencorakkan masa depan negara pasca 2020 melalui wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, penerima Anugerah Belia Kategori Khas Diraja Mohd Nasuha Shamsuddin, 25, yang merupakan pendaki Gunung Everest termuda negara melahirkan rasa terharu dengan penghargaan yang diberikan oleh kerajaan negeri Pahang.

Anak ketiga daripada enam adik-beradik yang berasal dari Felda Tersang Tiga, Raub itu berkata penghargaan itu akan menjadi pemangkin kepada beliau untuk melakar lebih banyak kejayaan bagi mengharumkan nama negeri Pahang khasnya. – BERNAMA

Tags: BeliaPemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd