• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Koperasi Bertukar Menjadi Entiti Perniagaan

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Gerakan koperasi yang diiktiraf sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi negara perlu bertukar kepada entiti perniagaan yang setanding dengan koperasi di negara maju.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Basaruddin Sadali berkata sebagai sektor ketiga penyumbang ekonomi negara, pengurusan koperasi hendaklah kreatif.

“Sektor koperasi hendaklah berinovasi dan sentiasa memperkenalkan produk serta perkhidmatan baharu untuk memenuhi kehendak pelanggan yang berubah,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Koperasi Negara 2017 peringkat negeri Perlis di Tasik Melati, dekat sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis, Asmaiza Ahmad mewakili Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man merasmikan sambutan itu.

Menurut Basaruddin, kementerian dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia sentiasa berusaha menjadikan koperasi bertaraf global dan kompetitif serta boleh mengawal selia sendiri dan berintegriti.

Dalam isu lain, Basaruddin berkata pengguna harus bijak berurusan dengan penjual semasa membeli produk terutama melalui dalam talian supaya tidak tertipu walaupun kes yang dilaporkan tidak banyak.

Sementara itu, Azlan dalam teks ucapannya yang dibacakan Asmaiza berkata sebuah kedai harga patut dikendalikan oleh sebuah koperasi terpilih akan diwujudkan dalam Parlimen Padang Besar di Beseri sebelum akhir tahun ini manakala masing-masing sebuah di Parlimen Kangar dan Arau tahun depan.

“Dalam transformasi nasional, gerakan koperasi sangat relevan dengan masyarakat kerana dividen dan keuntungan perniagaan dikongsi bersama dan ini mensejahterakan rakyat dalam menghadapi kos sara hidup,” katanya.

Sebanyak 75 gerai jualan dan pameran oleh agensi dan koperasi menyertai sambutan itu selama tiga hari bermula semalam. – BERNAMA

Tags: Datuk Basaruddin SadaliKPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd