• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Generasi Pasca Merdeka Mantap Diri Ilmu Kehidupan

oleh Ahmad Albab
27/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Generasi pasca Merdeka perlu memantapkan diri dengan ilmu dalam semua aspek kehidupan termasuk teknologi agar tidak mudah terpedaya oleh anasir yang menghancurkan keharmonian negara.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata bukan mudah untuk mempertahankan kemerdekaan dalam dunia tanpa sempadan masa kini.

“Kita mungkin sudah lepas daripada cengkaman kententeraan, cengkaman penguasaan sistem pentadbiran dan politik, namun kita tidak boleh leka dan lalai bahawa penjajahan era moden lebih dahsyat dan halus tanpa disedari.

“Antaranya penjajahan pemikiran, kefahaman agama, gaya hidup, budaya dan ekonomi. Oleh itu kita perlu memantapkan lagi ilmu pengetahuan agar tidak mudah terpengaruh,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kembara Merdeka Negara Peringkat Daerah Putatan di sini, hari ini.

Beliau berkata betapa besarnya erti kemerdekaan khususnya terhadap generasi pasca Merdeka.

“Kemerdekaan bukan setakat pengibaran jalur gemilang, laungan merdeka atau cuti umum tetapi yang paling penting adalah penghayatan dan menterjemahkan erti sebenar kemerdekaan yang dikecapi selama ini,” katanya.

Yahya juga berkata kerajaan sangat mengharapkan agar rakyat terus mengukuhkan perpaduan dalam kalangan semua etnik, budaya dan agama di negara ini.

“Dalam konteks sambutan hari kemerdekaan khususnya di Putatan, saya ingin menyeru agar semua lapisan masyarakat di sini terus memantapkan lagi kerjasama, perpaduan dan sokongan kepada kerajaan negeri untuk terus membangunkan negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: kehidupan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gaji RM3,800 Tak Cukup Tampung Kehidupan Di Bandar

19/08/2019
0

SHAH ALAM - Pendapatan isi rumah sebanyak RM3,800 sebulan tidak dapat menampung kehidupan di bandar menyebabkan masalah kemiskinan semakin membimbangkan....

‘Saya Rasa Saya Memang Berjodoh Dengan Nenek Ni’

24/08/2016
0

DALAM negara yang mempunyai masyarakat majmuk pelbagai bangsa, kita hidup dengan aman bersama-sama tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Tidak kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd