• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Final Skuasy Tetap Di Venue Utama Tanpa Lantai Licin

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat lagi perlawanan akhir acara skuasy Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) tetap dilangsungkan di gelanggang utama Pusat Skuasy Nasional selepas isu berkaitan lantai licin gelanggang berkenaaan diselesaikan.

Timbalan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Nik Razeen A Daud berkata kontraktor yang dipertanggungjawab menangani masalah itu berjanji akan menyelesaikan isu lantai licin tersebut sebelum acara final berlangsung.

Empat acara final skuasy akan berlangsung pada 28 dan 29 Ogos ini melibatkan acara akhir perseorangan lelaki dan wanita, dan acara berpasukan lelaki dan wanita.

SRAM sebelum ini memutuskan gelanggang utama itu tidak digunakan untuk acara final atas faktor keselamatan atlet.

“Gelanggang tersebut tidak akan diserahkan kepada SRAM selagi isu lantai licin tidak diselesaikan. Kontraktor janji ia akan siap sebelum acara final,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Nik Razeen yang juga pengurus pasukan bagi skuad skuasy negara menegaskan bahawa laporan media yang mengatakan gelanggang tersebut diserahkan kepada SRAM pada 17 Ogos oleh Jawatankuasa Pengelola KL2017 (MASOC), Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan kontraktor Sportspin adalah tidak tepat.

Katanya, Pusat Skuasy Nasional adalah hak milik PSM dan SRAM sama sekali tidak terlibat dalam proses pengubahsuaian bangunan tersebut.

Nik Razeen turut menambah kontrak ukur dan pasang cermin serta lantai gelanggang adalah antara PSM dan kontraktor oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). – BERNAMA

Tags: SkuasySRAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd