• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Melaka Rekod Nilai Jualan RM6.42 Juta

oleh Ahmad Albab
30/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Pasar tani kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Melaka merekodkan nilai jualan RM6.42 juta bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, kata Pengarah FAMA Melaka, Mohd Nawi Othman.

Beliau berkata 19 pasar tani di seluruh Melaka yang menawarkan barangan segar dan berkualiti terus dari ladang itu dijangka dapat mencapai sasaran nilai jualan keseluruhan tahun ini iaitu sebanyak RM10.5 juta berbanding RM9.6 juta pada tahun lepas.

Menurutnya, meskipun bencana banjir melanda beberapa kawasan di negeri itu baru-baru ini namun ia tidak menjejaskan aktiviti jualan di pasar tani berikutan bekalan komoditi yang mencukupi.

“Nilai jualan dijangka akan terus meningkat memandangkan cuti persekolahan telah bermula selain sambutan Hari Kemerdekaan dan Aidiladha yang lazimnya memberi kesan positif kepada sektor jualan di pasar tani,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Jualan Merdekaraya di Pasar Tani Jasin di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman. Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Rim Datuk Ghazale Muhamad yang juga Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka.

FAMA Melaka menawarkan potongan harga antara lima hingga 20 peratus bagi barang keperluan keluaran FAMA menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha yang beroperasi selama empat hari bermula Ahad lepas di pasar tani seluruh negeri.

Mengulas lanjut, Mohd Nawi berkata FAMA menyasarkan untuk menambah bilangan pasar tani dengan ‘satu DUN, satu pasar tani’ bagi memudahkan rakyat mendapatkan barangan keperluan harian dalam menangani peningkatan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini.

“Menerusi pasar tani ini, secara tidak langsung ia dapat meringankan beban masyarakat bagi mendapatkan barang-barang dan produk-produk keluaran FAMA dengan harga yang berpatutan.

Justeru, FAMA mengambil inisiatif menganjurkan pelbagai program menjelang musim perayaan dan cuti persekolahan dengan menawarkan harga istimewa bagi menggalakkan pengunjung datang ke pasar tani,“ katanya. – BERNAMA

Tags: FAMAMelaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd