• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Nafi Pemain Futsal Langgar Perintah Berkurung

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman melanggar perintah berkurung yang ditetapkan pada kem fasa akhir perhimpunan atlet Malaysia untuk Sukan SEA 2017 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Jumaat lepas.

Sebaliknya, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan, pemain berkenaan telah meninggalkan lobi hotel selepas berjumpa saudaranya dan menuju ke lif pada kira-kira 10.55 malam untuk ke biliknya.

Katanya maklumat tersebut diperoleh setelah mendapat penjelasan daripada pemain berkenaan, ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan Muizzudin Haris dan pengurus pasukan Shafizah Umamah Abdul Mutalib berserta rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Ia sama sekali bercanggah dengan aduan dan dakwaan yang dibuat pihak tertentu sebelum ini yang menyatakan bahawa Nur Izwani dilihat masih berada di lobi hotel berkenaan pada sekitar 12.30 tengah malam,” jelas Hamidin dalam satu kenyataan dikeluarkan FAM, hari ini.

Beliau memaklumkan setelah melihat rakaman CCTV, Nur Izwani disahkan masuk ke biliknya adalah pada kira-kira 11.11 malam dan ia jelas sekali tidak melanggar perintah berkurung.

Beliau berkata badan induk itu kecewa dengan tuduhan berkenaan sehingga mendorong Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo membuat kenyataan media bahawa beberapa atlet negara telah melanggar perintah berkurung yang ditetapkan kepada atlet negara yang berkampung di hotel berkenaan.

Hamidin berkata beliau telah menghubungi Beng Choo bagi menjelaskan situasi sebenar dan turut menghantar surat penjelasan bagi memastikan isu berkenaan dihentikan.

Beliau pada masa sama turut mengesahkan bahawa Nur Izwani masih berada dalam senarai 16 pemain akhir skuad kebangsaan pada Sukan SEA nanti.

Dalam perkembangan sama, Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memaklumkan pemain beregu campuran negara, Goh Soon Huat telah memberi penjelasan kepadanya berhubung tindakan pemain berkenaan yang dikatakan melanggar perintah berkurung.

Mohamad Norza yang ditemui pemberita selepas majlis undian Kejohanan Badminton Dunia 2017 di sini, memaklumkan isu berkenaan sengaja ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya ada menghubungi Goh Soon Huat, semalam dan beliau menyatakan ia hanyalah salah faham oleh sesetengah pihak dan saya berpuas hati dengan penjelasan beliau dan minta beliau fokus bantu kontinjen negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA nanti,” kata Mohamad Norza.

Isnin lepas, Beng Choo dilaporkan mengesahkan terdapat dua atlet negara, iaitu daripada skuad futsal dan badminton melanggar perintah berkurung di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, yang menjadi penginapan rasmi kontinjen negara.

Lebih 700 atlet berada di hotel berkenaan untuk kem persiapan terakhir kontinjen negara menjelang Sukan SEA dan sepanjang tempoh penginapan di situ, termasuk ketika temasya itu bermula 19 hingga 30 Ogos ini, mereka tidak dibenarkan keluar selepas 11.30 malam. – BERNAMA

Tags: Datuk Hamidin Mohd AminFAMFutsal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd