• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESSCOM Baiki 10 Rumah Penduduk Di Kg. Sim Sim

oleh Ahmad Albab
20/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Sepuluh rumah di Kampung Sim Sim, dalam kawasan Parlimen Sandakan di sini, akan dibaiki secara bergotong royong mulai hari ini di bawah program Pembiayaan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Noor Alam Khan A.Wahid Khan.

Noor Alam berkata peruntukan untuk membaiki kesemua rumah yang dijangka siap dalam tempoh lima hari tersebut ialah RM100,000 dengan setiap rumah menelan belanja RM10,000.

“Pemilik kesemua rumah yang dibaiki itu ialah Bilkis Marsalam, 38, Mohd Isa Pjg Abd Rani,67, Ulmi Lahib, 58, Saindah Said, 71, Harima Lauhin, 47, Abdul Moeis Wg Martin, 42, Abdul Mazid Mohamad Sari, 65, Noryati Kian, 38, Masni Mad Salani, 37, dan Reymi Ajarayih, 30.

“Dua daripada 10 buah rumah telah siap dibaiki dan kedua-dua rumah yang siap dibaiki dan yang dalam proses pembaikan terletak di Jambatan 10,11, 12, 15, 16, 18, 19 dan 21,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Sim Sim di sini hari ini.

Noor Alam berkata semua penerima bantuan berkenaan tersenarai dalam E-Kasih dan ESSCOM adalah agensi yang diamanahkan untuk melaksanakan program gotong royong membaiki rumah di Kampung Sim Sim.

Katanya kerja-kerja berkenaan merangkumi usaha membaiki atap rumah, dinding dan lantai yang buruk.

Seorang daripada pemilik rumah berkenaan, Mohd Isa Pjg Abd Rani berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang terlibat menjayakan program jiwa murni ini.
Ayah kepada enam orang anak itu berkata beliau sekeluarga tinggal di rumah berkenaan sejak 40 tahun lalu.

Menurut Mohd Isa, sebagai penerima sumbangan, dia amat menghargai usaha pencetus program itu dan berharap agar program tersebut dapat diteruskan kerana beliau percaya masih ramai penduduk Kampung Sim Sim khususnya dan kampung-kampung lain umumnya mengharapkan bantuan seumpama itu. – BERNAMA

Tags: Esscompenduduk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Setuju Jadi Pengerusi Felda Sebab Ia Institusi Unik

Next Post

Ulangan Pengekalan Tarif Elektrik Bukti Kerajaan Peka

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Hakim Sebak Jatuh Hukum Ibu, Teman Dera Kanak-kanak

Satu Bilion Penduduk Berpindah Secara Rela Atau Paksa – WHO

01/11/2023
0

GENEVA: Kira-kira satu bilion penduduk di seluruh dunia ketika ini meninggalkan kediaman masing-masing sama ada secara rela atau terpaksa. IKUTI...

Next Post

Ulangan Pengekalan Tarif Elektrik Bukti Kerajaan Peka

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd