• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enggan Ulas Tindakan Bakal Diambil SPRM

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus berdiam diri berhubung tindakan yang bakal diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas keengganannya memohon maaf secara terbuka kepada suruhanjaya itu.

Lim berkata beliau hanya akan mengulas mengenai perkara itu apabila tiba waktunya dan buat masa ini, beliau tidak perlu memberi sebarang ulasan.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Federal Oats Mills Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata bahawa suruhanjaya itu dijangka bermesyuarat pada 4 September bagi membincangkan tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap Lim yang enggan memohon maaf secara terbuka atau menarik balik kenyataannya bahawa penahanan Exco kerajaan negeri Phee Boon Poh oleh SPRM sebagai “penahanan haram” bagi membantu siasatan berhubung isu kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Jumaat lepas, SPRM memberi tempoh 48 jam kepada Lim untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu atau berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkannya.

Menurut SPRM, pihaknya menganggap kenyataan berhubung penangkapan Phee itu berunsur fitnah dan bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baik serta mencemarkan dan menjejaskan reputasi SPRM.

Sementara itu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata Ibu Pejabat Pakatan Harapan (PH) akan mengeluarkan kenyataan hari ini berhubung pengumuman majlis presiden semalam bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum ke-14.

“Berhubung dengan keputusan yang dibuat semalam, saya rasa Ibu Pejabat PH akan mengumumkan pemimpin bagi 13 negeri lewat hari ini. Jadi, kita tunggu pengumuman tersebut sebelum saya beri sebarang ulasan,” katanya.

PH telah mengeluarkan kenyataan bahawa majlis presidennya memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS dan bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.

Kenyataan tersebut ditandatangani Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad, presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalan-timbalan presidennya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Lim, yang menolak untuk bekerjasama dengan PAS. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd