• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elizabeth Tan Frust Bercinta, Nyaris Bunuh Diri

oleh
10/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KNOCK knock Elizabeth Tan… Tahniah atas pelancaran single terbaharunya semalam.

Penyanyi tinggi lampai ini yang lebih mesra dipanggil Lizzy telah berjaya menghasilkan single terkininya yang bertajuk Darling itu, cuma mengambil masa selama 30 minit untuk menulis lirik dan melodinya.

Baca: Elizabeth Tan Takut Jumpa Aaron Aziz

Woww… Kalau dah berbakat tu, sekejap je dah dapat idea. Tapi apa yang mencuri tumpuan waktu sidang media di pejabat Warner Music Malaysia di Damansara itu ialah bila Lizzy tak dapat menahan rasa sebaknya.

Kata Lizzy, dia baru saja menempuh saat sukar dalam hidupnya bila dia pernah cuba untuk membunuh diri akibat putus cinta dengan bekas kekasihnya yang merupakan jejaka Melayu.

Aduhai… Kasihan si cantik ni, sampai macam tu sekali frustnya dia.

“Ia disebabkan masalah peribadi. Bukan sahaja melibatkan bekas teman lelaki malah masalah lain juga. Saya pernah duduk selama 6 jam dengan hanya memikirkan masalah ini dan terfikir untuk ambil jalan pintas, bunuh diri.”

Bagaimanapun, tambahnya lagi dia rasa bertuah kerana ramai rakan artis yang lain telah beri sokongan moral padanya.

Ibu Lizzy sendiri mengambil cuti selama dua minggu untuk menjaganya daripada membuat perkara yang tidak diingini lagi.

Biasa kita tengok Lizzy ni happy je. Tapi waktu sidang media kelmarin si cantik ni tak dapat tahan rasa sebaknya dan terus berkongsi perihal peribadinya.

“Saya jarang menunjukkan emosi saya kerana saya merupakan seorang yang happy go lucky. Walau bagaimanapun, saya belajar dari kesilapan.

“Dan saya rasa saya perlu berkongsi pengalaman pahit ini kepada mereka di luar sana agar tidak melakukan perkara sama seperti saya. Mujurlah saya jenis yang positif dan terus memandang ke depan.”

Sekarang pun kita banyak tengok Lizzy berlakon daripada menyanyi. Katanya lagi dia lebih seronok berlakon berbanding menyanyi dan dia juga mungkin akan berehat daripada dunia nyanyian buat sementara waktu.

Single terbaharunya ni juga merupakan lagu runut bagi drama Mr Darling Inspektor Daniel. Lizzy sendiri turut membintangi drama ini bersama pelakon lain yang hebat seperti Aaron Aziz, Erra Fazira, Siti Elizad dan ramai lagi.

Semoga rezekinya akan bertambah lagi dengan penglibatannya dalam dunia lakonan ni. –MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Sumber: Hangat.com

Tags: elizabeth tan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elizabeth Tan Dikecam Peminat Taylor Swift

30/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Elizabeth Tan diserang peminat Taylor Swift dalam laman sosial selepas mengeluarkan kenyataan salah tentang penyanyi antarabangsa...

Lizzy Bantu Promosi Muka Baharu Skuad Badminton

22/03/2019
0

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) melantik artis Elizabeth Tan selaku duta untuk mempromosi skuad badminton negara yang menampilkan muka baharu dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd