Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

21 Laporan Peras Ugut...

KUALA LUMPUR - Polis menerima 21 laporan berhubung jenayah pemerasan atau ugutan menyebarkan gambar...

Tabung Haji Mampu Bayar...

PETALING JAYA - Lembaga Tabung Haji (LTH) mampu untuk membuat pembayaran dividen kepada...

Marah Program Terdedah, Ateis...

KUALA LUMPUR - Tidak sampai seminggu selepas dibongkarkan MYNEWSHUB, Atheist Republic mula bertindak...

DPPM Dakwa Subsidi Minyak...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa kerajaan sebenarnya tidak mengeluarkan...

Elizabeth Tan Takut Jumpa Aaron Aziz

PENYANYI Elizabeth Tan atau lebih dikenali sebagai Lizzy memberitahu dia berasa gementar untuk bertentang mata dengan Aaron Aziz ketika menjalani penggambaran drama bersiri My Darling Inspektor Daniel.

Menurut Lizzy, dia berasa rendah diri kerana dia baru sahaja menceburi bidang lakonan dan dapat pula bergandingan dengan Aaron Aziz yang jauh lebih berpengalaman.

“Dalam banyak perkara yang saya takutkan ketika di set adalah untuk bertemu dengan Aaron Aziz kerana saya seperti tidak layak untuk berlakon dengannya.

elizabeth tan dan aaron aziz

“Tetapi saya merasa gembira kerana bukan semua orang dapat bergandingan dengan Aaron. Saya berharap penggambaran ini akan berjalan dengan lancar,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Lizzy, dia sebenarnya terkejut apabila ditawarkan watak utama, Maya Adriana kepadanya kerana dia tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang lakonan.

Walau bagaimanapun, dia menerima tawaran itu kerana mempunyai minat yang mendalam dalam lakonan dan ini merupakan peluang untuknya mencipta nama sebagai pelakon.


“Saya memang suka berlakon dari dulu lagi dan ini merupakan jalan untuk saya mengembangkan bakar ke tahap yang lebih tinggi.

“Harap-harap drama ini akan menjadi fenomena seperti beberapa drama bersiri yang lain dan membuka lebih banyak peluang kepada saya,” katanya.

Jelas Lizzy, dia masih aktif dalam bidang nyanyian cuma buat masa ini mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada lakonan dan dia juga mengakui bakal terlibat dengan sebuah filem pada Oktober depan, namun tidak boleh mendedahkannya buat masa ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori