• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Malaysia Dalam Aliran Meningkat

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia dalam aliran meningkat, dengan pelaburan bernilai tinggi memasuki negara pada suku ketiga tahun ini, kata Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan, Dr. Mohd Uzir Mahidin.

“Momentum itu biasanya mengambil masa untuk mengubah arah. Sekarang ia dalam trend pengembangan dan penunjuk utama kita juga menunjukkannya,” katanya kepada media selepas menghadiri taklimat Perangkaan Ekonomi Suku Kedua 2017 di sini hari ini.

Mohd Uzir berkata Malaysia masih mempunyai potensi yang baik untuk berkembang kerana perdagangan barangan bernilai RM1.4 trilion setahun.

“Oleh itu, jika kita melihat pada suku ketiga, terdapat pelaburan bernilai tinggi yang datang untuk melabur di Bursa Malaysia dan sektor hartanah,” katanya.

Mengenai tahap pengembangan, beliau berkata, ia bergantung kepada Kementerian Kewangan untuk membuat unjuran.

“Dalam tempoh dua minggu, Jabatan Perangkaan akan mengeluarkan perangkaan penting, iaitu angka eksport bagi Julai untuk melihat sama ada negara boleh mengekalkan pertumbuhan atau tidak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, jabatan dalam proses untuk mengeluarkan Kajian Suku Tahunan Perkhidmatan secara bulanan yang akan siap dalam tempoh satu hingga dua tahun.

“Kami juga akan berusaha untuk menghasilkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berdasarkan pendekatan pendapatan sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara membangun tertentu, berbanding dengan KDNK semasa kita yang berasaskan nilai tambah dan perbelanjaan,” katanya.

Beliau berkata untuk menghasilkan KDNK berdasarkan pendekatan pendapatan, jabatan perlu mengetahui perangkaan, termasuk pekerjaan, gaji, keuntungan, dan pecahan nilai tambah komponen.

“Agak sukar untuk memperoleh daripada pengumpulan data biasa dan sangat sukar … jadi kita masih memerlukan masa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr. Mohd. Uzir Mahidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indeks Pengeluaran Perindustrian Naik 4.6%

13/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) negara meningkat sebanyak 4.6 peratus pada bulan Mei 2017 berbanding bulan yang sama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd