• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Editor Akhbar Di Sabah Cedera Dipukul

oleh Ahmad Albab
06/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang editor sebuah akhbar tempatan cedera dipercayai diserang seorang penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di Luyang dekat sini semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata lelaki berumur 65 tahun itu cedera di bahagian muka dengan matanya lebam selain rahang dan pipi kirinya bengkak apabila penunggang motosikal itu memukulnya menggunakan topi keledar selepas mangsa mengajukan pertanyaan kenapa suspek mengekorinya.

Suspek mengekori mangsa pada kira-kira 2.45 petang selepas lelaki itu berbual-bual dengan rakannya di Lido dekat sini dan oleh kerana tidak puas hati, mangsa singgah di stesen minyak berkenaan dan keluar dari kereta untuk bertanya dalam bahasa Cina kenapa penunggang motosikal itu mengekorinya.

“Suspek (penunggang motosikal) tidak berkata apa-apa dan terus membuka topi keledar dan menghayunkannya ke arah muka mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata mangsa terus pengsan dan tidak sedarkan diri sehingga berada di Hospital Queen Elizabeth 1 di sini.

“Mangsa sekarang dalam keadaan stabil, namun terpaksa ditahan di wad hospital untuk rawatan lanjut,” katanya. Chandra berkata mangsa tidak tahu punca dia dipukul. – BERNAMA

Tags: Editorkes pukul
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Akan Minta Maaf Pada Zed Jika Dia…” – Nick Mikhail

Next Post

Tolak Pemimpin Yang Menghancurkan UMNO

Related Posts

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

27/02/2024
0

Bangi : Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang...

Mangsa Maut Dipukul Positif Dadah – Polis

Mangsa Maut Dipukul Positif Dadah – Polis

23/02/2024
0

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mangsa yang dipukul sehingga maut semasa kemalangan di Taman Pelangi Dua, Kajang...

Next Post

Tolak Pemimpin Yang Menghancurkan UMNO

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd