• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EasyParcel.my Dakwa Jadi Mangsa Serangan Siber

oleh Ahmad Albab
22/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laman web syarikat perkhidmatan dalam talian EasyParcel.my antara yang terjejas akibat serangan siber oleh kumpulan penggodam Indonesia semalam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Clarence Leong berkata, serangan siber itu disebabkan protes warga Indonesia berikutan gambar bendera Indonesia dicetak terbalik dalam buku panduan Sukan SEA Ke-29.

“EasyParcel.my salah satu daripada laman web Malaysia yang terjejas oleh serangan kumpulan penggodam siber Indonesia dalam bantahan mereka.

“Kami telah mengambil langkah segera untuk menangani serangan itu dan melindungi sistem kami dengan meletakkan portal kami di bawah mod penyelenggaran.

“Kami turut melaksanakan langkah keselamatan lain. Bermula pukul 2 pagi ini, EasyParcel.my kembali pulih dan kembali beroperasi dalam talian seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan penggodam siber dari Indonesia didakwa menggodam beberapa laman web Malaysia selepas isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017, kelmarin.

Walaupun Malaysia sudah memohon maaf secara rasmi atas kesilapan yang tidak disengajakan itu, penggodam terbabit dilaporkan masih tidak berpuas hati.

Antara mesej yang ditinggalkan, Bendera Negaraku Bukanlah Mainan dan mereka meletakkan gambar daripada buku panduan itu selain kata-kata kesat.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab dipetik berkata, sebanyak 33 laman web Malaysia digodam setakat 3.40 petang, hari ini.

Katanya, antara laporan diterima, kemungkinan kebocoran maklumat sulit dan serangan Distributed Denial of Service (DDoS) (Pemberhentian Perkhidmatan).

“Ketika ini kita masih menjalankan siasatan, memantau perkembangan dan berkerjasama dengan agensi berkaitan untuk mengatasi kejadian serangan siber.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, CyberSecurity Malaysia mengingatkan pentadbir sistem untuk meningkatkan keselamatan sistem masing-masing bagi mengelakkan daripada ancaman serangan siber,” katanya.

Laporan berhubung serangan siber boleh dibuat kepada Cyber999, menerusi emel [email protected] atau [email protected]; telefon, 1-300-88-2999; fax, 603 89453442; telefon bimbit, 019-2665850 (beroperasi 24 jam setiap hari) dan hantarkan khidmat pesanan ringkas ke 15888. – MYNEWSHUB.CC

Tags: penggodamperniagaan online
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

09/03/2024
0

WASHINGTON: Microsoft mendakwa kumpulan penggodam tajaan Russia bernama Midnight Blizzard cuba menceroboh sistemnya sekali lagi, dengan menggunakan maklumat yang dicuri...

Polis Berkas 11 Lelaki Disyaki Godam Sistem Komputer Kerajaan

18/02/2021
0

SHAH ALAM - Sekumpulan 11 lelaki disyaki terbabit kegiatan menggodam sistem komputer kerajaan, ditahan dalam tujuh serbuan berasingan di seluruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd