• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Dikecam Lelaki ‘Kanta Lekap’, Kini Jadi Model…

oleh
31/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERDAHULU jejaka kacak, Wahyuddin Syed Yunus pernah dikecam sebagai lelaki ‘kanta lekap’ tetapi kemudian dipuji pula kerana miliki wajah kacak watak hero sebuah filem animasi.

Terkini, jejaka ini hangat pula dikatakan bakal beraksi di pentas peragaan. Betul ke? Ada apa pada Wahyu?

Tanggapan itu bermula susulan daripada beberapa gambar terkini yang telah dimuat naik oleh jejaka tersebut di laman sosial.

Aksi jejaka itu dilihat persis seorang model dengan teknik fotogenik yang dikatakan seperti iklan antrabangsa.

photo session by @farahfocusphotography such a talented person,senang kerja dngn kak ni😊 smooth gilaaa..and bagi sesiapa yg nak buat kenangan terindah atau bahagia korang atau macam2 nk shoot yg smart2 dan unik2 tu boleh la contact beliau.Pasti puas hati.. 😍😍😍 #photographersabah

A post shared by Wahyu.SyedYunus (@wahyualmahdali) on Aug 21, 2017 at 8:05am PDT

Namun tuan badan, Wahyu berkata gambar yang dihebohkan itu hanyalah bagi memenuhi permintaan seorang jurugambar untuk melengkapkan portfolio nya.

Tambahnya lagi, sesi penggambaran itu diambil adalah sejurus selesai sesi penggambaran produknya apabila diminta oleh jurugambar berkenaan untuk berbuat sedemikian.

“Saya dah lama kenal jurugambar ni. Saya sekadar bantu dia untuk portfolio. Tapi bukan bermakna saya mahu jadi model.

“Walaupun dapat tawaran jadi model, termasuk jadi pelakon untuk drama bersiri, tapi saya tolak. Buat masa ni belum lagi terfikir ke arah itu sebab saya ni penyegan orangnya,” katanya dilapor mStar Online.

Jejaka kacak yang berasal daripada Tawau, Sabah ini dikenali apabila tular dalam laman sosial ekoran disamakan dengan watak Flynn Rider daripada sebuah filem animasi terbitan Disney, Tangled.

BACA : Jejaka Tawau Punyai Wajah Persis Hero Filem Animasi

Dalam pada itu, jurugambar dikenali dengan nama Farah yang mengambil gambar Wahyu menjelaskan bahawa dia selama ini turut membuat service mengambil foto-foto perkahwinan.

Farah, 35, berkata sepanjang menjadi jurugambar kebanyakan gambarnya hanya terdiri daripada pasangan pengantin dan model wanita sahaja.

Tambahnya lagi, Wahyu adalah model lelaki pertama dalam portfolio nya sepanjang karier sebagai jurugambar.

“Wahyu adalah model lelaki pertama dalam portfolio saya. Sebelum ni bukan tak ada model lelaki, tapi selalu saja tak menjadi sama ada disebabkan tema atau masa.

“Ambil gambar pengantin lelaki tak sama dengan model lelaki. Kalau pengantin, saya perlu hormati kehendak mereka sebagai pelanggan, jadi banyak gaya yang terhad dan kebanyakan gambar bersama pasangan dan berpakaian pengantin,” katanya.

Walaupun Farah sudah bergelar seorang isteri, namun dia mengatakan suami tidak pernah menyekat mahupun menghalangnya mengambil gambar model lelaki asalkan batas pergaulan masih terjaga.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang Wahyu, Farah berpendapat pemuda itu berkebolehan dalam dunia peragaan ekoran dia boleh melakukan bermacam-macam gaya.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut mengakui pemuda ini mudah memberi kerjasama sepanjang sesi penggambaran walaupun ketika itu merupakan kali pertama dia bergambar sebagai model.– MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd