• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Burger Nasi Lemak, Kini Nasi Lemak Lobster Pula!

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA yang tidak suka makan nasi lemak? Rasanya mungkin hanya nasi lemak yang merupakan hidangan sarapan pagi wajib untuk kebanyakan orang di Malaysia.

Jika dulu McDonald’s Singapura memperkenalkan burger nasi lemak sebagai menu limited edition di negara kecil itu, sekarang republik itu dilanda demam dengan Nasi Lemak Lobster pula.

Gerai Lawa Bintang yang terletak di Tampines, Singapura itu telah memperkenalkan hidangan Nasi Lemak Lobster yang sudah pun tular mendapat sambutan hangat di negara kota itu.

Istimewanya ialah lobster yang dihidangkan terlebih dahulu akan disalut dengan minyak bawang putih dan tiga jenis keju sebelum dipanggang. Herba-herba juga antara ramuan yang menaikkan rasa lobster ini.

Hidangan ini turut dilengkapi dengan bahan asas nasi lemak yang biasa dijual seperti timun, kacang, telur goreng dan sambal. Harganya juga bersesuaian dengan hidangan lobster yang besar itu.

Jangan terkejut, satu hidangan dijual lebih kurang S$22 atau kira-kira RM69.

Namun, terdapat juga hidangan lain yang berasaskan nasi lemak. Antaranya ialah nasi lemak yang dimakan dengan pari bakar, sotong bakar, salmon, udang dan banyak lagi.

Harga bagi menu yang disediakan bermula dari S$7 (RM22) untuk satu hidangan. Gerai Lawa Bintang ini beroperasi pada setiap hari Selasa hingga Ahad, dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.

Sesiapa yang ingin mencuba hidangan unik ini, bolehlah singgah ke sana dan jangan was-was kerana dijamin halal. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Nasi Lemak LobsterSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ini Baru Betul Abang Bomba I Love You!

Next Post

Rapid Perkenal Program Kad Identiti Kapten Bas

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Rapid Perkenal Program Kad Identiti Kapten Bas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd