• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Asing Menyamar Polis Ditahan Di Shah Alam

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua lelaki asing yang sering menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun, akhirnya kecundang apabila mereka ditahan di sekitar Shah Alam pada 20 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata lelaki warga Pakistan dan Bangladesh yang masing-masing berumur 32 tahun itu ditahan di Kota Kemuning dan Seksyen 25 di antara 4 hingga 6 pagi susulan laporan polis oleh seorang mangsa rakyat Bangladesh pada 17 Julai lepas.

Polis merampas satu jaket pantul cahaya tertera lambang Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan satu jaket tertera ‘Security’ yang disyaki dipakai suspek untuk memperdaya mangsa sebelum menyamun mereka.

“Turut dirampas adalah kad kuasa polis palsu, beberapa kad bank, wang tunai pelbagai negara, telefon bimbit, dokumen pengenalan warga asing, dompet serta satu gunting kecil dan sebatang besi.

“Polis sedang mengenal pasti dari mana dan bagaimana suspek memperoleh jaket itu kerana walaupun ada kedai menjualnya, namun pembeli perlu menyertakan maklumat diri sebagai langkah keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Polis turut merampas sebuah kereta Honda City yang digunakan suspek untuk menyamun dan siasatan mendapati ia adalah kereta curi susulan ada laporan kehilangannya di Klang.

Shafien berkata walaupun kedua-dua suspek hanya menyasarkan warga asing sebagai mangsa, namun perbuatan mereka menjatuhkan imej polis.

Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek mempunyai pasport namun dikhuatiri ketulenannya dan proses pengesahan sedang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, katanya sambil tidak menolak kemungkinan penglibatan suspek lain kerana kedua-dua itu dipercayai aktif menyamun sejak empat bulan lepas.

Beliau berkata tangkapan dua lelaki asing itu dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes samun di sekitar Shah Alam.

Mereka kini ditahan oleh Polis Daerah Subang Jaya bagi siasatan kegiatan sama di daerah berkenaan mengikut Seksyen 395/397 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan, katanya.

Sementara itu, Shafien berkata seorang lelaki tempatan dijumpai berlumuran darah dalam satu kejadian cubaan membunuh pada 30 Jun lepas.

Beliau berkata pada awalnya, polis percaya lelaki berumur 34 tahun itu, yang dijumpai orang awam,  cedera teruk akibat kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya meninggal dunia tiga hari selepas itu.

“Namun, hasil bedah siasat ke atas lelaki berkenaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang menunjukkan terdapat beberapa kesan kecederaan pada mangsa akibat perbuatan jenayah.

“Temu bual dengan teman wanitanya berumur 25 tahun mendapati lelaki itu mempunyai 14 rekod jenayah lampau dan dia disyaki anggota kongsi gelap…dia cuba dibunuh kerana berebut kawasan,” katanya.

Susulan itu, tiga lelaki berumur lingkungan 30-an yang juga anggota kongsi gelap ditahan di sekitar Shah Alam pada 21 hingga 24 Julai lepas kerana disyaki terlibat dalam insiden itu, katanya sambil memberitahu kesemua suspek direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: ACP Shafien Mamat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyaris Maut Kereta Terjunam Ke Landasan Komuter

18/01/2018
0

SHAH ALAM – Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke landasan komuter...

4 Anggota Polis Selamatkan Adik Beradik Dari Kebakaran

29/11/2017
0

SHAH ALAM - Tindakan pantas empat anggota polis memecah pintu hadapan sebuah unit di kondominium Sri Mahligai, Seksyen 9 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd