Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Jom Pekena Cucur Ikan...

Bagi penulis, cucur ikan bilis ni memang menjadi kegemaran sejak dari kecil sehinggalah...

Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan...

LOS ANGELES - Seorang lelaki yang menderita kerana memiliki buah zakar bersaiz luar...

Sukar Ramal Pasukan Juara...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan Liga Malaysia 2015 yang...

Sultan Johor Berangkat Ke...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan berangkat ke Kuala Lumpur,...

Dron Tak Dibenarkan Di Lokasi Endurance Di Tiep

SETIU – Penggunaan dron di kawasan acara sukan kuda lasak di Terengganu International Endurance Park (TIEP) adalah dilarang, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Katanya, keputusan tersebut dibuat kerana penggunaan peralatan itu mampu mendatangkan risiko dan mengganggu tumpuan kuda yang menyertai pertandingan.

“Kuda ini cepat terkejut, berbeza dengan kuda polis yang telah dilatih dengan bunyi bising dan sebagainya… tetapi kuda (untuk perlawanan) ini, tidak boleh tengok benda yang pelik dan akan terkejut. Ia membahayakan penunggang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau tahap keselamatan di tapak kejohanan bagi acara kuda lasak sempena Sukan SEA 2017 di TIEP, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya ada keperluan tertentu, orang ramai boleh membuat permohonan mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi mengelak ia dirampas polis.

Zulkifli juga berkata kawalan ketat akan dilakukan di seluruh kawasan TIEP  tersebut  termasuk  sepanjang 80 kilometer trek perlumbaan kerana ia terdedah dengan pelbagai risiko berikutan hampir  dengan kawasan kampung dan hutan.

Selain itu, kawasan penginapan atlet di Sutra Beach Resort juga akan dikawal berikutan lokasinya yang berhampiran laut.


“Sutra Beach Resort itu mengadap laut jadi laluan masuk itu ada banyak . Kita sudah tentukan anggota yang akan meronda di keliling kawasan itu bagi menentukan mereka yang tidak sepatutnya berada di situ dan kita dapat halang daripada memasuki kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata jumlah anggota yang bertugas hampir 350 orang dan pihaknya sedang mengkaji keperluan menambah jumlah berkenaan.

Selain pihak polis, mereka yang terlibat dalam keselamatan termasuk Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Simpanan Persekutuan  (FRU)  yang ditugaskan untuk menjaga mesin pengimbas.

Pihak Komando VAT69 juga diarah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan, katanya. – BERNAMA

Kategori