• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Hijabsta Ballet, Betty Buat Rawatan Cair Lemak

oleh AK-47
02/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELBAGAI cara boleh dilakukan bagi seseorang artis itu untuk mendalami sesuatu watak yang diberikan. Macam cerita pelakon Betty Benafe yang sanggup menghabiskan hampir RM2,000 untuk kembali langsing demi menerajui filem Hijabsta Ballet.

Pelakon Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe atau lebih mesra disapa Betty Benafe mengakui menjalani rawatan cair lemak untuk kurus demi memenuhi kehendak filem Hijabsta Ballet arahan Syed Zulkifli Syed yang memulakan penggambarannya Julai tahun lalu.

Filem ini akan mula ditayangkan bermula esok di pawagam seluruh Malaysia.

Menceritakan pengalamannya yang perlu tampil langsing dalam filem itu, Betty telah melakukan banyak usaha untuk kembali langsing selepas melahirkan anak keduanya, Bruce apabila disunting pengarah tersebut termasuklah rawatan pencairan lemak, diet menggunakan pil tahan selera makan dan proses senaman di gimnasium. Namun, kesemua usahanya itu menemui jalan buntu.

“Ketika mendapat tawaran, saya baru melahirkan Bruce. Jadi, untuk kembali langsing, saya berhabis sekitar RM2,000 bagi menjalani rawatan suntikan pencairan lemak. Namun, cara tersebut tidak berkesan,” katanya memetik laporan sebuah akhbar.

Menurutnya lagi, tempoh yang diberikan kepadanya untuk kembali kurus hanya tiga bulan sebelum pengambaran dimulakan pada Julai tahun lalu. Dia juga dicadangkan untuk mengikuti sebuah program diet, tetapi hasilnya juga tidak memberangsangkan.

Oleh yang demikian, Betty Benafe mengambil keputusan untuk berbincang semula dengan Zulkifli untuk menukar skrip supaya watak Diana yang dilakonnya bersesuaian dengannya ketika itu.

Mengulas mengenai filem Hijabsta Ballet, Betty menyifatkan filem tersebut sebagai filem keinsafan kerana mengangkat isu hijab sebagai subjek utama.

Walau bagaimanapun, Betty masih belum bercadang untuk berhijab dan hanya menyerahkan segalanya kepada takdir. – MYNEWSHUB.CC /  Aisyah Karim

Tags: betty benafeHijabsta Ballet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd